Bila cermin kenderaan retak mesti ia akan menyebabkan penglihatan korang pun terhalang atau terganggu ketika memandu. Ramai yang ambil memutuskan untuk membeli cermin yang baru kerana risau kejadian tidak dingini terjadi.

by Nazatul

Namun tidak ramai yang tahu masih ada cara lain yang boleh dicuba yang tidak menggunakan wang yang tinggi jika dibandingkan dengan menukar cermin baru atau untuk claim insurans untuk cermin yang merekah itu.
.jpg)
Dengan hanya menelan belanja kurang dari RM20, korang dah boleh mendapatkan DIY Windshield Repair KIT. Cara menggunakannya juga agak mudah kerana tidak memerlukan kepakaran apa-apa melainkan sedikit usaha, dan apa yang penting korang boleh cuba sendiri di rumah tau. Haaa, kan dah jimat tu!
Tonton video di bawah dan ikuti satu per satu langkah yang ditunjukkan, sangat mudah. Tambahan lagi bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati di kedai hardware dengan harga yang sangat murah.