'Stress' Cari Rumah Sewa Di Bandar KL? Ini Antara 3 Tips Berguna Untuk Korang!
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

'Stress' Cari Rumah Sewa Di Bandar KL? Ini Antara 3 Tips Berguna Untuk Korang!

post by Nazatul

by Nazatul

Jul 10, 2018
text.at 3:20 AM

Pertama kali bekerja luar dari kampung halaman? Jauh dari family dan memang perlu untuk mencari rumah sewa berdekatan dengan tempat kerja. Lagi-lagi di bandar Kuala Lumpur! Tak tahu macam mana nak 

Kuala Lumpur, Bandar yang tak pernah tidur. Kota metropolitan pujaan para pengejar harta dan status dari tiap ceruk dunia. Dan pastinya menjadi tumpuan utama belia remaja dari serata kampung untuk datang dan kejar cita-cita duniawi mereka.

Masalahnya, ini adalah pertama kali korang nak mencari rumah sewa jadi tak berapa tahu menahu mengenainya. Betul tak?

Haaa, tak perlu pening lagi. Ini 3 tips berguna untuk korang cari rumah sewa di Kuala Lumpur:

#1 Tetapkan Bajet Korang

Nak mendapatkan rumah yang terbaik, korang kenalah semak dulu status kewangan korang dan asingkan terus bajet maksimum untuk bayaran bulanan rumah sewa yang korang mampu.

Memandangkan Kuala Lumpur ni adalah kawasan tumpuan yang sangat sesak dengan kebanjiran manusia, harga rumah sewa minimumnya agak mahal berbanding kawasan lain. Itu realiti yang memang wajib ditelanlah.

KALAU RATE RUMAH SEWA YANG KORANG DAH SURVEY TU PUN DAH LEBIH SEPARUH DARI GAJI KORANG, TAK PAYAH LAH YE.

Cari tempat lain. Dah jumpa? Check balik dengan jarak dari tempat kerja korang dan kos minyak yang perlu ditanggung. Semua ni wajib diambil kira. Wajib!

#2 Spesifikkan Carian Rumah Sewa

Korang semua mesti dah tahu kan benda ni, sebelum nak beli apa-apa mesti korang research dulu kat internet. Kan? Tapi, sebolehnya korang kenalah spesifikkan hasil carian tu. Korang letaklah kata kunci berkaitan ciri rumah sewa yang korang nak tu.

SEBAGAI CONTOH, KALAU KORANG ADA KEWANGAN YANG BAIK DAN NAK SEWA RUMAH YANG ADA SWIMMING POOL, LETAKKAN JE LAH KATA KUNCI ‘RUMAH SEWA SWIMMING POOL’ DEKAT CARIAN TU.

Tak yakin, atau kurang percaya dengan iklan hasil dari carian korang tadi tu?

Jangan risau, korang boleh contact terus melalui nombor yang diberikan. Jumpa terus tuan rumah, masuk periksa sendiri rumah tu. Lagi puas hati!

#3 Tak Nak Guna Ejen, Kawan Pun Boleh!

Kenapa ejen?

Sebab ejen ni mempunyai rangkaian property networking yang tersangatlah luas dan sangat membantu dalam mendapatkan rumah yang sesuai untuk korang. Dengan keadaan Kuala Lumpur yang menjadi sarang sindiket penipuan masa kini, elok benarlah korang dapatkan nasihat dari ejen yang dilantik dan bertauliah.

Okay. Kalau tak nak guna ejen sebab tak nak keluar duit atau takut kena tipu. Carilah kawan-kawan yang ada di Kuala Lumpur. Minta nasihat dari dia. Dan kalau ada kawan yang lain nak tumpang bersama, lagi bagus! Korang boleh cari sama-sama, kos bayaran bulanan pun tak adalah sakit sangat.

Untuk yang dah berkeluarga, khidmat ejen sangat disarankan. Di samping memudahkan korang juga tak perlu ke hulu ke hilir uruskan semua proses rundingan sebab ejen yang akan uruskan.