Nak kelihatan cantik macam yang dihasilkan oleh jurumekap profesional tapi tak ada bajet? Atau esok interview tapi tak sempat nak shopping mekap? Hanya dengan concealer hampir 80% masalah mekap anda selesai!

by sofea
Nak kelihatan cantik macam yang dihasilkan oleh jurumekap profesional tapi tak ada bajet? Atau esok interview tapi tak sempat nak shopping mekap? Hanya dengan concealer hampir 80% masalah mekap anda selesai!
Alamak! Foundation dah habis! Relaks! Sebab anda boleh menggunakan concealer cair dan campur dengan pelembap wajah. Bila dah campur, anda boleh pakai pada wajah dengan menggunakan span yang telah dibasahkan dengan air untuk mengelakkan masalah cakey.
Dah pakai maskara pun tak menjadi lagi bulu mata tu? Anda boleh guna cara ni. Kepitkan bulu mata tu dulu, lepastu letak sedikit concealer, baru shapekan bulu mata tu supaya melentik.
Anda boleh menggunakan concealer sebagai primer sebelum memakai eyeshadow. Caranya, anda letak dulu concealer pada kelopak mata, lepas tu baru pakai eyeshadow yang menjadi pilihan hati. Warnanya akan menjadi lebih jelas!
Nak buat efek winged eyeliner bukanlah benda yang simple! Melainkan dah hari-hari buat. Kalau tiba-tiba hari tu anda dalam mood nak over the top, dan terbuat kesilapan, guna je concealer untuk memperkemaskan 'sayap' yang pada awalnya tak berapa menjadi tu.

Siapa kata kena belanja lebih nak melawa? Anda boleh mekap dengan kesan seprofesional Kim Kardashian hanya dengan menggunakan stok concealer yang ada. Tapi kena ingat, pilih concealer dengan shade yang lebih cerah untuk highlight dan shade yang gelap dari wajah untuk contouring.

Nak menyerlahkan lagi kecantikan warna lipstick anda? Inilah salah satu tricknya! Letak concealer dulu pada bibir dan warna lipstick akan menjadi luar biasa cun. Di samping itu, anda juga boleh menggunakan concealer untuk membentuk bibir masa pakai lip cream, barulah kemas!
Sumber: PopBela