Tak Payah Beratur Panjang Nak Ambil Penyata KWSP, Semak 'Online' & Terus Print! Settle!
# Trending Semasa

Tak Payah Beratur Panjang Nak Ambil Penyata KWSP, Semak 'Online' & Terus Print! Settle!

post by Haifa Nasir

by Haifa Nasir

Jan 9, 2019
pada 1:22 AM

Korang pernah tak rasa malas teruk bila nak pergi ambil penyata KWSP dekat ibu pejabat diorang?

Yela dah la ke beratur panjang, lepas tu makan masa yang lama pulak tu.

Ambil cuti pun tak berbaloi juga, dah la tak dapat gaji, cuti pun belum tentu dapat rehat. Nak uruskan penyata je kadang makan masa sampai setengah hari. Ada cara tau untuk selesaikan segala permasalahan korang tu. Macamana?

SEMAK PENYATA KWSP SECARA ONLINE Je! JomKetahui Caranya!

 

1. DAPATKAN KOD PENGAKTIFAN

Untuk gunakan perkhidmatan i-Akaun i laman sesawang KWSP, perkara pertama yang korang kena buat ialah pergi kat memana Kios atau Kaunter KWSP untuk dapatkan Kod Pengaktifan ataupun akses gunakan MyKad je.

Bila sampai kat kaunter nanti pegawai bertugas akan bagi korang ID sementara  atau Kod Pengaktifan. Jangan ambil sambil lewa je, korang kena simpan benda ni. Penting tau untuk korang gunakan sehingga akaun KWSP atas talian korang telah diaktifkan.

Korang yang tak tau pejabat serta kios KWSP kat mana boleh rujuk kat SINI.

 

2. LOGIN DI LAMAN WEB RASMI KWSP

Kemudian apa yang korang perlu lakukan adalah duduk depan laptop atau komputer, Connect wifi atau pun hotspot internet korang dan layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my korang akan lihat paparan skrin macam gambar kat atas. Terus klik ‘Login Ke i-Akaun (Ahli) >> Pengaktifan i-Akaun’.

Korang kena masukkan Kod Pengaktifan yang korang dapat dari kaunter KWSP tadi. Jangan lupa! Penting untuk kod ini diaktifkan dalam tempoh 30 hari tau! Kalau korang balik rumah pastu lupa nak aktifkan melebihi dari 30 hari, korang kena pergi KWSP semula untuk dapatkan kod yang baru. Leceh kan?

Baca, hadam dan pahamkan terma dan syarat terlebih dahulu sebelum korang tekan butang ‘Setuju’ untuk proceed ke page seterusnya!

 

3. TUKAR ID & KATA LALUAN

Bila dah selesai mengaktifkn akaun KWSP korang mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. Baru la korang tukarkan ID dan kata laluan mengikut kehendak korang. Jangan la pilih kata laluan yang rumit dan susah korang nak ingat. Buat apa menyusahkan diri sendiri! KAta laluan tu biar pendek tapi padu & mantap okay.

Seterusnya selepas korang selesai menetapakn kata laluan, satu imej sekuriti dan frasa rahsia akan diberikan sebagai pengesahan. Bila dah settle, korang akan diberi hyperlink untuk log masuk semula ke akaun KWSP gunakan ID dan kata laluan yang baru korang buat tadi.

 

4. SEMAK PENYATA KWSP ONLINE / BAKI TERKINI

Lepas korang dah berjaya log masuk dengan ID dan kata laluan yang baru tadi, korang dah boleh terus semak baki akaun KWSP korang. Untuk menyemak, cuma klik je dekat butang atau pautan ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’.

Kalau korang rasa tak puas nak tengok, sakit mata asik nak hadap skrin laptop je korang boleh terus print penyata ni tau. Lagi mudah semak atas kertas secara 'Hard copy' sebab senang kalau korang nak conteng atau pun kira.

Untuk masa akan datang kalau korang nak buat checking atau kemaskini pun semua nya secara atas talian je, tak payah dah apply cuti dan beratur panjang-panjang semata untuk sehelai penyata KWSP. Mudah, tuntas & Efisyen kan?

5. NAK MOHON PENGELUARAN PUN BOLEH JUGA!

Bila dah daftar i-Akaun, korang bukan setakat boleh semak penyata akaun KWSP je tau. Korang juga boleh memohon pengeluaran atas sebab yang dibenarkan dan mengemaskini maklumat dihujung jari, dengan hanya satu klik je!

Pihak KWSP juga membenarkan korang sebagai ahli untuk mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah pengeluaran perumahan untuk tujuan membiayai pembelian rumah, mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan dan ansuran bulanan pinjaman perumahan. Selain itu, korang juga boleh keluarkan untuk tujuan pendidikan macam langsaikan hutang PTPTN.

Ini antara kemudahan i-Akaun KWSP yang korang boleh akses atau layari:

  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000