Berhenti Kerja Bukan jalan Penyelesaian, Sebaliknya Lakukan 4 Langkah Ini
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Berhenti Kerja Bukan jalan Penyelesaian, Sebaliknya Lakukan 4 Langkah Ini

post by null

by Admin

May 5, 2016
pada 8:30 AM

Buli di tempat kerja melibatkan tindakan penganiayaan atau penindasan secara fizikal atau mental, antara situasi buli di tempat kerja adalah sengaja memberikan tugasan yang berat dan sukar kepada pekerja yang tidak mampu melaksanakannya, merendahkan-rendahkan kemampuan seseorang dan tindakan meminggirkan pekerja tertentu sehingga mendatangkan gangguan psikologi.

Situasi ini seringkali terjadi kepada para graduan muda terutamanya yang belum membiasakan diri di alam pekerjaan, langkah utama yang terlintas difikiran mereka adalah menukar pekerjaan baru. Namun cara itu bukanlah penyelesaiannya, ada sesetengah tempat hanya ingin menguji. Kenal pasti dahlulu samada anda benar-benar ditindas atau itu hanya 'ujian' daripada mereka melalui beberapa langkah ini.

1. Kaji Dahulu Situasi Yang Berlaku 

Bila anda rasa dibuli, perhatikan semula apa yang berlaku kepada anda dari semua aspek. Contohnya, adakah anda terlalu takut dengan dia? Adakah anda sorang atau rakan-rakan yang lain terkena sama? Jika ada orang lain juga kena kemungkinan mereka hanya ingin menguji anda di peringkat awal kerja. Tapi jika hanya anda seorang. bermakna anda memang di buli. 

2. Buat Catatan Segala Jenis Tindakan Buli Yang Anda Terima

Ini adalah aspek penting dalam mengatasi gejala buli di tempat kerja. Buat catatan mengenai kejadian tersebut secara detail (tarikh, masa, nama orang yang membuli dan apa yang mereka lakukan terhadap anda). Stress di tempat kerja tidak akan mendorong dalam menjana prestasi kerja yang baik kerana buli ini mungkin akan menjejaskan anda. Laporkan kepada HR mengenai ini atau orang atasan yang berkenaan. 

3. Bersemuka Dengan Pembuli Tersebut

Tempoh percubaan kamu sudah tamat tetapi kamu masih lagi dibuli, ambil masa yang sesuai untuk bersemuka dengannya. Contohnya ajak mereka makan bersama dan cerita perihal sebenar bahawa anda rasa kurang senang dengan caranya. Cuba rapat dengannya dan jadikan dia sebagai rakan, mungkin ini salah satu cara untuk berhentikan buli. Jika ia tidak berkesan, anda perlu sedikit agresif untuk melindungi diri anda tapi dengan cara yang professional. 

4. Jangan Balas!

Jika cara tersebut tidak berkesan, abaikan sahaja mungkin dia seorang yang bermasalah disitu. Jika pembuli itu memberikan kata-kata pedas terhadap kamu, jangan balas walaupun tahap amarah kamu mencapai hadnya. Laporkan terus kepada pihak atasan agar si pembuli itu tidak membuli anda lagi.

Namun, jika perkara itu makin berlarutan dan sukar dibendung adalah lebih baik untuk anda mula bekerja di tempat lain atau berpindah ke department lain. Apapun, cuba selesaikan dengan sebaiknya dek kerana peluang pekerjaan sekarang amat terhad.