Seeloknya Lakukan 5 Cara Ini Untuk Berhenti Kerja  Dengan Cara Baik
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Seeloknya Lakukan 5 Cara Ini Untuk Berhenti Kerja Dengan Cara Baik

post by null

by Admin

May 7, 2016
pada 3:33 AM

Setelah sekian lama bekerja disitu akhirnya korang dapat kerja di syarikat dan bidang yang korang impikan, satu berita gembira untuk korang. Tahniah! Tapi berita ini agak mendukacitakan buat boss korang dan korang agak rasa serba salah macam mana nak beritahu kepadnya tanpa membuatkan dia rasa tersinggung.

Seeloknya korang lakukan 4 cara dibawah ini untuk korang pergi secara baik, rasa dilemma atau serba salah memang takkan lari untuk setiap orang yang mahu meletakkan jawatan di tempat kerja mereka. Tapi, cara-cara dibawah ini adalah yang terbaik agar boss korang dapat terima dengan rela hati atas pemergian korang.

1.Bersemuka Secara One-On-One Dengan Boss Korang 

Cari masa yang sesuai untuk berjumpa dan bersemuka dengannya. Buat persediaan rapi dan nyatakan sebab korang berhenti kerja dengan jujur. Beritahu segala-galanya agar boss korang dapat tahu segala cacat cela yang berlaku di organisasi tanpa pengetahuan mereka. Ia memang akan membuatkan korang rasa bersalah, tapi seeloknya biar boss korang tahu daripada mereka melakukan kesilapan yang sama. 

2. Jujur Dengan Tempat Kerja Baru Korang, Walaupun Dia Pesaing!

Ia semestinya akan mengecewakan segelintir pihak tapi jika korang berlaku jujur awal-awal mereka akan terima seadanya. Nyatakan juga sebab kepada korang bermiant kerja di tempat baru itu, jika ada masalah yang berlaku beritahu sahaja dengan boss korang supaya dia dapat menembahbaikkan lagi sistem syarikat mereka.

3. Berikan Notis Secukupnya

Seeeloknya notis sebulan atau dua bulan sebelum korang berhenti lagi bagus untuk memudahkan boss menjadi pengganti korang. Rakan sekerja lain tak adalah rrasa terbeban disebabkan perletakan jawatan korang.

4. Walaupun Dah Nak Berhenti, Jangan Berlagak!

Muat naik status di FB "Finally, tak sabar aku nak blah" menunjukkan bahawa korang berperangai teruk dan telah mempengaruhi rakan sekerja lain. Secara tak langsung, korang telah menghilangkan dasar kepercayaan boss terhadap diri korang. Sentiasa bersikap rendah diri agar pemergian korang diterima baik oleh majikan.

5. Beri Salam Terakhir Dengan Penuh Hormat

Pada beberapa hari terakhir kroang disitu, janganh lupa salam semua pekerja dan ucapkan terima kasih kepada mereka. Beritahu bahawa korang gembira menimba pengalaman dan mengasah kemahiran di situ. Walaupun korang kurang senang dengan kerja sekarang, jangan tunjukkan reaksi tersebut. Beri tanda penghargaan kepada mereka terutamanya kepada boss korang.