Sambung Belajar Atau Bekerja? Dilema Mana Yang Korang Hadapi, Baca Dulu Biar Tak Keliru!
# Gaya Hidup

Sambung Belajar Atau Bekerja? Dilema Mana Yang Korang Hadapi, Baca Dulu Biar Tak Keliru!

post by Ehsan

by Ehsan

Sep 5, 2019
pada 10:52 AM

Korang mesti sering tertanya-tanyakan sama ada nak sambung belajar atau terus bekerja bila habis SPM ataupun Diploma. Ada yang berpendapat lebih baik sambung belajar sebab korang masih muda dan masih boleh menerima pelajaran di kelas. Tapi ada golongan lain pula beranggapan lebih baik bekerja dulu dan ambil peluang untuk melatih diri dalam suasana bekerja dan nanti bila ada rezeki sambunglah belajar. 

Hari ini, Maukerja nak kongskikan sedikit kebaikan yang korang boleh dapat daripada kedua-dua keputusan yang korang boleh buat. Tapi akhir sekali semua ini terpulang pada diri sendiri bagaimana korang memilih salah satu keputusan untuk kebaikan masa depan. 

Sebab-sebab untuk bekerja:

1. Menimba Pengalaman 

Ramai pelajar yang beranggapan bahawa apabila mereka menamatkan belajar tidak kira walaupun hanya di peringkat SPM atau Diploma, memulakan kerja merupakan langkah yang terbaik. Mereka yakin bahawa dengan bekerja mereka mampu menimba pelbagai ilmu yang berguna yang tidak terhad hanya di dalam kelas.

Dengan bekerja juga mereka percaya bahawa mereka mampu memperoleh banyak pengalaman yang membantu diri sendiri untuk mendapatkan kerjaya yang lebih cerah pada masa hadapan. Golongan ini juga amat yakin bahawa pada hari ini majikan lebih melihat kepada pengalaman lebih daripada kelulusan untuk diterima bekerja.

 

2. Mengumpul pendapatan

Antara satu sebab lain mengapa segelintir daripada kita gemar untuk terus bekerja daripada menyambung belajar ialah kerana akan memperolehi gaji lebih awal daripada mereka yang masih ke kelas di kolej atau universiti.

Tambahan pula, pada hari ini seseorang yang tiada pengalaman bekerja dan hanya kelyakan SPM sahaja boleh memohon kerja dan mendapatkan gaji yang baik. Siapa yang tidak mahu memilih untuk bekerja berbanding belajar? Klik link ini untuk lebih banyak kerja kosong untuk kelayakan SPM, fresh graduates, tiada pengalaman bekerja

 

3. Dapat mengasah kebolehan

Ini juga adalah faktor utama mengapa pelajar lebih berminat untuk terus bekerja berbanding untuk menyambung belajar. Mereka dapat mengasah bakat mereka yang terpendam tanpa perlu ke kelas atau peperiksaan di universiti.



 

Sebab-sebab untuk sambung belajar:

1. Medapat Kelulusan Yang Lebih Tinggi

Bagi sesetengah pelajar mendapatkan kelulusan yang tinggi adalah perkara yang penting dan serius dalam mendapatkan kerjaya yang menjamin masa hadapan. Semakin tinggi kelulusan yang diperoleh semakin mudah mereka mendapatkan peluang-peluang pekerjaan.

Tapi, mereka perlu beringat bahawa bukan semua graduan mampu untuk mendapatkan peluang pekerjaan kerana keputusan peperiksaan yang kurang memuaskan atau hanya sekadar 'lepas pagar' tidak akan dipandang majikan.

 

2. Mudah Mendapatkan Kelayakan Dalam Pekerjaan

Dengan mempunyai kelulusan yang tinggi seperti di peringkat ijazah, master mahupun PhD, golongan yang mementingkan pelajaran ini merasakan kelayakan mereka dalam mendapatkan pangkat atau jawatan dalam sesebuah pekerjaan adalah lebih terjamin.

Semakin korang mempunyai kelayakan semakin mudah korang mengejar cita-cita yang korang inginkan dan semakin tinggi kelayakan korang semakin kurang persaingan dalam mendapatkan pekerjaan.

 

3. Gaji Yang Lebih Lumayan

Seperti yang korang sedia maklum kebiasaannya bila korang mempunyai kelulusan yang baik, pendapatan atau gaji yang diterima juga akan bertambah. Selalunya golongan yang mempunyai segulung ijazah ni mempunyai standard gaji yang telah ditetapkan dan semakin meningkat bila sudah berpengalaman.

Jadi sekarang mana pilihan korang?