Ketahui Penyebab Sakit Dada Masa Korang Bersin, Rupa-Rupanya Sakit..
# Gaya Hidup

Ketahui Penyebab Sakit Dada Masa Korang Bersin, Rupa-Rupanya Sakit..

post by Ehsan

by Ehsan

Sep 29, 2019
pada 5:53 PM

Mesti pernah kan masa korang bersin, dada korang terasa sakit sekali. Rupa-rupanya ini penyebabnya.



1. Otot tegang
Kebiasaannya terjadi pada otot tulang rusuk dan menyebabkan dada rasa sakit sehingga 49%. Tetapi tak perlu risau sebab rasa sakit itu akan beransur pulih dengan sendirinya. Selalunya terjadi disebabkan oleh cedera, postur badan yang salah dan angkat beban berat.

2. Jangkitan Paru-Paru
Apabila korang mengalami gejala-gejala ini, segeralah berjumpa doktor;

  • batuk kering atau batuk berkahak
  • merasakan sakit pada dada
  • hingus berwarna hijau atau kuning
  • otot tearasa tegang
  • demam

3. Pedih Ulu Hati
Cenderung dialami oleh pesakit diabetes dan obesiti.  Apabila korang bersin atau buat otot menegang menyebabkan Gastro Esofagus Refluks Disease (GERD). GERD adalah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau ada kala kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut)

4. Asma 
Beberapa gejala asma;

  • bersin dan hidung berair
  • hidung tersumbat
  • mata gatal dan sesak nafas
  • Lelah daripada kebiasaan

5. Pleuritis
Pleuritis adalah sebuah keadaan yang mana pleura, selaput yang memisahkan paru-paru dengan dinding dada, mengalami peradangan. Akibatnya, korang akan merasakan sesak dan sakit di dada waktu bersin dan batuk.

Menurut American Family Physician, sakit dada yang disebabkan oleh pleuritis ditandai dengan dada seperti ditusuk, dan rasa terbakar ketika menarik nafas. Pada hal tertentu, cairan di dalam tubuh akan terkumpul di antara lapisan tersebut dan menyebabkan infeksi. 

Beberapa penyebab pleuritis yang membuat dada korang sakit ketika bersin, iaitu;

  • Bakteri pneumonia
  • Darah menggumpal
  • Sel kanser dan tumor
  • Luka dan cedera di dada

Sekiranya anda mengalami sakit yang berpanjangan, segeralah berjumpa doktor untuk pencerahan lanjut.