Tertanya-Tanya Majikan Baca Tak Emel Yang Korang Hantar? Jangan Panik, Ketahui Emel Dah Dibaca Ke Belum Dengan Cara-Cara Ni!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Tertanya-Tanya Majikan Baca Tak Emel Yang Korang Hantar? Jangan Panik, Ketahui Emel Dah Dibaca Ke Belum Dengan Cara-Cara Ni!

post by Ehsan

by Ehsan

May 27, 2022
pada 8:55 AM

Tertanya-Tanya Majikan Baca Tak Emel Yang Korang Hantar? Jangan Panik, Ketahui Emel Dah Dibaca Ke Belum Dengan Cara-Cara Ni!

Tak perlu lama-lama menunggu respon daripada majikan sedangkan rupa-rupanya memang mereka tak baca pun lagi emel korang yang dah jauh tenggelam dalam lautan emel-emel yang lain. Dengan adanya aplikasi macam ni, korang boleh tahu sama ada kena hantar permohonan kerja tu lagi sekali atau tak. Andai kata emel dah dibaca dan tak ada lagi respon selepas lebih dari seminggu, mungkin korang boleh mula cari kerja kat tempat lain. Betapa pentingnya fungsi emel sama ada dah dibaca atau tak ni kan? Tak adalah korang hidup dalam dilema atau 'ketidakyakinan' nak hantar emel lagi sekali ke tak. 

 

 

Dalam artikel ni, admin nak share cara-cara nak tahu sama ada emel dah dibaca atau tidak melalui Gmail dan Outlook, berbayar ada, FREE pun banyak. 

Macam Mana Nak Tahu Orang Dah Baca Emel Melalui Outlook?

Outlook menawarkan 2 pilihan untuk 'tanda' yang korang perlukan:

  • Tanda bila dah diterima
  • Tanda bila dah dibaca

Dengan  fungsi pertama, korang akan dapat notifikasi memberitahu emel korang dah sampai kepada penerima. Walau bagaimanapun ini tak bermakna ianya dah dibaca. 

So apa yang korang perlukan sangat sekarang ni adalah fungsi 'tanda bila dah dibaca', dengan fungsi ini, penerima akan diminta untuk menghantar notifikasi yang emel tersebut dah dibaca sebaik penerima membuka emel. 

Bagaimana caranya?

Korang boleh klik butang Options yang ada di bahagian Main Menu semasa menulis mesej. Lepas tu akan terkeluar sub-menu dengan beberapa pilihan banyak, tapi korang fokus dekat bahagian yang dipetakkan ni je:

Pilihlah mana fungsi yang korang nak, dua-dua pun boleh.

Macam Mana Nak Tahu Orang Dah Baca Emel Melalui Gmail? 

Versi percuma Gmail tak ada fungsi ini, korang boleh dapatkan tanda terima dah dibaca (return receipt) menggunakan GSuite Gmail. 

Untuk mengaktifkan fungsi ni korang kena pergi ke bahagian GSuite Admin Console, dan tekan Apps > GSuite > Settings for Gmail > Advanced Settings. Bila Advanced Settings ditunjukkan, korang scroll ke arah Email Read Receipts  dan on kan fungsi ni dengan klik pada "Allow email read receipts to be sent to all addresses in my organization as well as the following email addresses."

Bila read receipt ni dah diaktifkan, korang boleh mula taip emel macam biasa, dan bila dah settle, klik anak panah kat bawah sekali macam dalam gambar ni, dan tekan Request read receipt.

Bila korang tekan send, penerima emel akan dapat satu text yang meminta penerima respon menandakan dia dah buka emel tu. 

Cara Untuk Tahu Emel Dah Dibaca Menggunakan Emel Tracking Add-On / Extension:

Untuk contoh-contoh kat atas tu, dua-dua membolehkan penerima tahu yang korang memerlukan notifikasi emel dah dibaca, tapi macam mana kalau korang nak read receipt seolah-olah Whatsapp tanpa siapa tahu yang korang dapat notifikasi tu?

Kat sini admin senaraikan 5 aplikasi yang terkenal untuk track aktiviti pada emel yang dah dihantar: 

Ingat: Sesetengah daripada tools ni adalah percuma tapi ada juga versi percuma yang akan letakkan nama syarikat diorang dalam emel tu. Juga kena ingat yang sesetengah aplikasi ni melakukan lebih daripada  mengesan aktiviti emel. 

#1 ContactMonkey 

Korang bukan je boleh kesan siapa yang dah buka emel dihantar tadi, korang juga boleh tahu kalau ada orang klik pada mana-mana link yang korang masukkan dalam mesej emel tu! Korang boleh gunakan ContactMonkey untuk Gmail atau Outlook. Aplikasi ni turut bagi korang dashboard yang lengkap dengan email stats dan analytics

#2 HubSpot Sales

Aplikasi emel tracking ni membolehkan korang tahu dengan pantas sebaik sahaja emel korang hantar dibuka atau klik pada link atau buka attachment yang korang masukkan. Korang juga boleh dapat tahu sekiranya emel korang dibuka lagi sekali. 

HubSpot Sales boleh digunakan dengan Gmail, GSuite, Outlook, atau Office 365 untuk Windows.  

#3 MailTrack

MailTrack adalah extension untuk Chrome, Firefox dan Opera yang menjalankan fungsi mereka dengan Google dan inbox Gmail untuk mengesan mesej yang dihantar. 

Korang boleh terus nampak sama ada emel yang korang hantar dan diterima atau dibaca. Emel yang dah dibaca akan ada double check dalam Sent Mail Folder. 

#4 MixMax

MixMax membenarkan korang tahu bila emel dah dibuka, waktu spesifik emel dibuka dan berapa kali ianya dibuka. Kalau emel tu dihantar dalam group, korang boleh lihat satu persatu siapa yang membuka emel. 

Aplikasi ni boleh digunakan dengan Gmail dan Google Inbox. 

#5 Yesware

Yesware adalah sebuah aplikasi yang boleh korang gunakan dengan Gmail, GSuite dan Office 365. 

Korang akan dapat alert setiap kali mana-mana emel yang korang dah hantar tu dibuka. Korang juga boleh tahu di mana, bila dan dengan gajet apa emel tu dibuka. Selain tu, korang boleh tahu sama ada penerima dah buka attachments yang dihantar. Yang paling luar biasa sekali, IP address diorang pun dapat dikesan. 

Mana satu yang memenuhi citarasa korang?