Tak Sanggup Tengok Umi Abah Sedih, Gadis Ini Buktikan Kekecewaan Ada Pengakhirannya
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Tak Sanggup Tengok Umi Abah Sedih, Gadis Ini Buktikan Kekecewaan Ada Pengakhirannya

post by Aidil Aizuddin

by Aidil Aizuddin

Nov 14, 2019
pada 2:40 PM

Zaman sekarang nak cari kerja bukan main susah lagi kan. Tidak kiralah korang belajar sampai SPM ke masuk kolej atau universiti. Kadang itu, kerja ada tapi tak sesuai dengan sijil yang ada lah ataupun mahukan pengalaman. Jadi pengangguran semakin meningkat. Walau bagaimanapun korang perlu usaha dan selalu berdoa untuk masa depan korang yang lebih cerah jangan pernah mengalah sebab rezeki itu luas seperti kisah seorang wanita bernama Nurul Shahanim Binti Ayob ini.

Kecewa dengan diri sendiri kerana tidak dapat memenuhi permintaan umi dan abahnya untuk melanjutkan pelajar ke universiti.

 


Kesungguhan untuk mengubah nasib keluarga, Shahanim tekad untuk sambung STPM dan sejak itu dia bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Tiba-tiba ketika semester 1 dia dapat panggilan temuduga imigresen tetapi rezeki tidak berpihak kepadanya lagi.

Tapi betul lah orang cakap, rezeki itu tidak salah alamat kan? Seminggu selepas itu Shahanim dapat panggilan semula untuk ditemuduga tetapi sebagai pegawai penjara dan Alhamdullilah dia lulus dengan cemerlang.

Aku balik rumah tengok tengok muka umi dan abah senyum lebar - Aku sebak dan menitis air mata. 

Berkat usaha dan doa abah dan umi, Shahanim berjaya tamat latihan kursus pegawai penjara.


Kadang kadang Allah beri kita hujan lebat dengan petir dan kilat lepas tu Allah hadirkan pelangi yang sangat indah. Allah dah atur cantik sangat dah perjalanan hidup kita ni. Kita kena redha dan terima semua tu dengan hati terbuka.