Perit Mula Dari Bawah, Tahan Malu Kerja 'Gulung Kabel' Sebelum Peroleh 2 Master 1 PhD - Dr. Soo Wincci
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Perit Mula Dari Bawah, Tahan Malu Kerja 'Gulung Kabel' Sebelum Peroleh 2 Master 1 PhD - Dr. Soo Wincci

post by Ehsan

by Ehsan

Feb 2, 2022
pada 4:48 PM

Bekas ratu cantik, Dr. Soo Wincci  membuktikan tiada yang mustahil untuk dikecapi berbekalkan usaha dan keazaman. 

Beliau memiliki 4 ijazah dan 1 PhD dalam masa 15 tahun. Siapa sangka perjalanan karier tidak seindah yang diimpikan. Pernah tiada duit untuk meneruskan hidup kini Dr. Soo Wincci cekal hadapi setiap hari mendatang.

Menurutnya "saya tak dilahirkan cerdik ataupun cantik. Semua panggil saya Godzilla. Sebab saya gemuk dan saya bodoh".

Dalam peribahasa Cina ada sebut "Dunia ini tiada wanita yang hodoh, hanya ada wanita yang malas, semuanya tentang diri sendiri, jadi saya perlu bertungkus-lumus."

Kalau hanya fokus pada satu perkara susah cari makan. Saya bermula dari 'wrapping cable', saya masa tu merungut, saya menangis, kita perlu mula dari bawah". 

"Jangan takut kekalahan, jangan takut kesalahan, semua ini mendorong anda unti tahu cara menyelesaikan masalah". 

"kerja itu memang susah, tapi perlu tukar jalan lain, jangan give up, tak pandai ini, belajar". 

"Education is not everything, attitude itu paling penting."

Video penuh di sini..