''Cuma Pre-Order Je, Dapat Hampir RM50K'' - Pasangan Kahwin Muda Kongsi 'Journey' Bisnes Niqab, Modal RM600
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

''Cuma Pre-Order Je, Dapat Hampir RM50K'' - Pasangan Kahwin Muda Kongsi 'Journey' Bisnes Niqab, Modal RM600

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 29, 2019
pada 2:56 PM

Bukan mudah nak berjaya, tapi ia juga bukan satu perkara yang mustahil. Begitulah yang dapat digambarkan menerusi kisah pasangan suami isteri ini, berkahwin seawal usia 19 tahun (isteri), ia bukanlah penghalang untuk kedua-duanya mengecap kejayaan terutamanya dalam bidang bisnes.

Bermula dengan modal RM600, ikuti kisah perjalanan awal bisnes niqab yang dimajukan oleh kedua-dua pasangan ini menerusi satu temubual eksklusif oleh Team Maukerja.

 

Effi Aizat merupakan seorang graduan di UIA Gombak dalam bidang engineering. Menerusi penceritaan isterinya, Farah Fakhira, asalnya dia bukanlah seorang yang bertutup litup (berniqab) seperti penampilannya yang sekarang ini. Daripada seorang gadis free hair, perjalanan hidupnya berubah selepas memasuki tahfiz. Setelah itu, dia berjaya melanjutkan pengajiannya ke Al-Azhar dalam jurusan syariah.

''Bila Effi datang masuk meminang, saya berfikir berkali-kali, betul ke keputusan nak kawin ni sebab masa tu saya baru berumur 19 tahun. Tapi, waktu saya nak kahwin tu, saya memang tak tinggal solat istikharah,'' jelas Farah. 

''Effi tak sokong orang untuk kahwin muda, tapi saya juga tidak halang untuk orang kahwin muda. Perkahwinan ini bukan berlandaskan usia, tapi kita perlu lihat dari pelbagai aspek. Nasihat saya, berkahwinlah apabila kita dah betul-betul bersedia,'' kata Effi. 

 

Gaji Cuma RM600...

Bercerita tentang bagaimana permulaan bisnes niqab yang diusahakan itu, ini kisahnya:

''Waktu itu gaji saya tak banyak, RM600 je saya dapat. Apa yang saya buat, saya pergi kedai kain sebab saya bercadang untuk memulakan bisnes niqab. Rezeki yang kami dapat pada masa tu bawah RM50K.