Tebal Muka Jual 'Straw Flower' Tepi Jalan, Sales Teruk Tapi Kini Bisnes Kasut Kelas Dunia - Christy Ng
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

Tebal Muka Jual 'Straw Flower' Tepi Jalan, Sales Teruk Tapi Kini Bisnes Kasut Kelas Dunia - Christy Ng

post by Ehsan

by Ehsan

Dec 30, 2019
pada 12:26 PM

Pereka kasut terkenal Christy Ng berasal dari Kluang, Johor dan merupakan seorang graduan lulusan bioteknologi. Minatnya yang tinggi dalam bidang rekaan kasut dan beg dari zaman remaja lagi telah membuahkan hasil. 

Menurutnya, Christy mulakan bisnes ini dengan wang modal RM10 ribu waktu itu. Saya tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang keusahawanan. Pelanggan 'complaint' produk kita tiada kualiti. Sanga-sangat kecewalah. Jualan kita sangat teruk sampai tak mampu pun bayar gaji.

Christy buat banyak 'part-time job'. Jual bunga-bunga 'straw flower'. Berdiri tepi jalan dan jual kepada orang

Memang muka Christy sangat-sangat tebal, saya cuba jual kepada 100 orang, sekurang-kurangnya satu orang akan beli bunga saya. Dari situ saya tahu bila saya usaha lebih, saya akan dapat lebih banyak.

Kita harus belajar untuk menerima dan hadapi 'rejection'. Memilih kerja saya rasa kurang elok. Pengalaman adalah keuntungan anda dan orang lain tidak boleh ambil. Kalau tiada sijil, itu tidak bermakna hidup sudah tamat.  

Jangan sedih dan jangan menyesal. Tiada jalan mudah dan tiada keajaiban, semuanya kerja keras, darah, keringat dan air mata

Video penuh