AEON CO. (M) Bhd. merupakan peruncit yang terkemuka di Malaysia dengan jumlah hasil sebanyak RM3.26 bilion bagi tahun akhir kewangan 31 Disember 2012. Syarikat telah diperbadankan pada 15 September 1984. AEON CO. (M) BHD. (AEON atau Syarikat) telah ditubuhkan sebagai tindak balas kepada jemputan kerajaan Malaysia kepada AEON Jepun untuk membantu memodenkan industri peruncitan di Malaysia. Hari ini nama 'AEON' diketahui umum di kalangan rakyat Malaysia dan warga asing terutamanya, disebabkan oleh hubungannya dengan syarikat AEON Group antarabangsa. AEON telah mengukuhkan kedudukannya sebagai rangkaian utama kedai barangan am (GMS).