Ini Cara Pengeluaran Duit ASB Secara Online Melalui myASNB Hingga RM500 Sebulan
# Gaya Hidup

Ini Cara Pengeluaran Duit ASB Secara Online Melalui myASNB Hingga RM500 Sebulan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 22, 2020
pada 12:15 PM

Berita baik! Kini korang boleh mula mengeluarkan wang pelaburan dalam ASNB secara dalam talian menerusi portal myASNB. Had pengeluaran secara dalam talian ialah RM500 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB.

Rujuk tutorial di bawah untuk cara pengeluaran secara online:

 

1. Log masuk ke akaun myASNB di https://www.myasnb.com.my/

 

2. Klik Portfolio dan klik Transaksi pada unit amanah yang dikehendaki dan pilih Jualan Balik

 

3. Semak maklumat & klik seterusnya

 

4. Baca, tandakan pada kota & klik seterusnya

 

5. Masukkan amaun, tanda pada kotak & klik seterusnya

 

6. Semak semula butiran bank & klik teruskan

 

7. Klik permintaan TAC

 

8. Transaksi berjaya!