Percaya Atau Tak, Ini 5 Punca Kenapa Bos Rasa Korang Tak 'Perform' Masa Kerja
# Pengetahuan Pekerja

Percaya Atau Tak, Ini 5 Punca Kenapa Bos Rasa Korang Tak 'Perform' Masa Kerja

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Feb 26, 2022
pada 7:51 AM

Percaya Atau Tak, Ini 5 Punca Kenapa Bos Rasa Korang Tak 'Perform' Masa Kerja

Di tempat kerja kebiasaannya boss atau manager akan pantau performance korang supaya tingkah laku, target/goal yang ditetapkan oleh syarikat tercapai. Kalau korang buat hal contohnya datang lambat balik awal dan skip meeting setiap hari memang la boss asyik nak marah je. Rakan sekerja pun dah makin tak suka dengan korang. Tunggu masa je korang terima surat diberhentikan kerja sebab dah jadi beban kat syarikat. Nak ke jadi macam tu?

Tapi korang tau tak apa sebab lain boss anggap korang tak perform di tempat kerja? Ada 5 sebab lain korang kena tahu antaranya:

 

1. Submit hasil kerja melebihi deadline ditetapkan

Mungkin ada yang suka tangguh kerja, tapi mampu berikan hasil kerja terbaik dan submit on time. Tapi kalau submit kerja lambat dan hasil kerja pulak cikai2 je, tau2 jela apa persepsi boss pada korang nanti? Semestinya boss anggap korang ni tak mampu uruskan masa dengan baik. Biasanya kalau syarikat engage dengan projek tertentu, kita kena aware bila internal ngan external deadline supaya output yang kita hasilkan bukan jenis tangkap muat!

 

2. Sering buat kesalahan dalam tugasan diberikan

Banyak buat silap maknanya korang tak kompeten dan tak beri tumpuan. Contohnya banyak ejaan salah dalam Word/Powerpoint file. Takpun formula yang korang guna dalam Excel tu sebenarnya salah. Sebelum korang submit kat sesape sekalipun, double check dan touch up hasil kerja korang. Kalau tak yakin, minta rakan sekerja untuk check mana yang patut. Sekali dua buat silap takpe lagi, tapi kalau dah lima enam kali buat silap yang sama, boss tak boleh harap kat korang dah.

 

3. Tak mampu jelaskan balik flow hasil kerja depan boss

Part yang kritikal bila korang nak kena present depan boss dan manager lain. Kat sini la boss nak tengok sama ada korang ni mampu ke tak jelaskan balik flow yang korang buat masa buat tugasan diberikan. Kalau blur tergagap nak jawab soalan, boss korang anggap sebenarnya bukan korang yang siapkan kerja korang tapi orang lain! Sebaiknya korang fahamkan dulu tugasan yang diberikan dan prepare sebelum present.

 

4. Hasil kerja yang tidak menyeluruh

Maksudnya korang buat sekerat jalan ja. Sama ada memang sengaja tak habis buat, tak sempat buat atau memang tak tahu buat. Try follow ayat ni “plan your work, then work your plan”. Kalau tak rancang mana yang patut kena buat dulu, korang akan jadi kelam kabut nanti, output pun dah tak betul. Contohnya ada 10 steps kena ikut, tapi korang skip step 3, 5, ngan 7. Boss ngan rakan sekerja takkan faham apa yang korang buat, apatah lagi klien yang semakin frust dengan hasil kerja korang.

 

5. Terlalu banyak bergantung kepada rakan sekerja yang lain

Jangan terlalu berharap kat orang lain untuk tolong kita 24 jam. Cuba berdikari buat kerja sendiri. Melainkan memang masih baru dengan selok-belok syarikat dan tak tahu langsung. Jangan malas berfikir. Bukan bermaksud tak boleh tanya rakan sekerja yang lain, tapi mereka pun ada kerja mereka nak kena siapkan. Hargai masa orang lain, dan orang lain akan hargai kita. Kalau asyik duk harap orang lain tolong korang, boss akan anggap korang takde skill dan knowledge yang diperlukan dalam syarikat.

Cuba elak 5 perkara di atas k guys! Jangan tunggu masa boss suruh korang resign! Bukan senang nak cari kerja lain yang memang ngam ngan minat korang. Jadilah pekerja yang berkualiti dan sentiasa going forward.