''Tak Adil Majikan Bagi Fresh Grad Gaji RM1,800 Padahal Kau Dah Belajar Lama...'' - Ini Pandangan CEO Mutalib Uthman
# Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang)

''Tak Adil Majikan Bagi Fresh Grad Gaji RM1,800 Padahal Kau Dah Belajar Lama...'' - Ini Pandangan CEO Mutalib Uthman

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Sep 10, 2020
pada 4:07 PM

Nama Mutalib Uthman sudah tidak asing lagi dalam industri penerbitan buku. Beliau yang dulunya tergolong dalam golongan 'geng indie' kini sudah melebarkan sayapnya apabila beliau telah dilantik menjadi CEO di Perbadanan Kota Buku. 

Perbadanan Kota Buku ialah syarikat berhad milik Kementerian Pendidikan yang berhasrat menjadi agensi utama dalam pembangunan industri buku sejajar Dasar Buku Negara (DBN) yang menyarankan agar ditubuhkan sebuah “Pusat Buku” di Malaysia.

Tertarik dengan kisah perjalanan hidup beliau yang pada awalnya bermula dengan menjadi seorang peniaga di pasar malam, team Maukerja sempat menemubual tuan empunya diri bagi edisi Mausembang tempoh hari. 

Ikuti kisah selanjutnya di sini...

 

Sedikit latar belakang diri

Nama aku Mutalib Uthman dan berumur 36 tahun. Aku graduan daripada UITM tapi aku tak ambil pun skrol dan tak pergi pun konvokesyen. Sebab aku rasa yang aku takkan guna pun semua tu. Selepas aku grad, aku berniaga herba di pasar malam iaitu herba teh peria.

Masa aku baru berniaga tu, kawan-kawan aku ramai dah kerja hebat. Ada yang kerja bank, kerja PTD dan sebagainya. Kawan-kawan yang ambil course macam aku tu kebanyakannya kerja company secretary. Gaji permulaan lebih kurang RM1,800. Memang bagi aku gaji RM1,800 tu banyak, tapi aku rasa aku boleh dapat lebih daripada tu pada masa tu. 

Masa aku berniaga pasar malam, katakanlah sehari aku berniaga dapatlah untung bersih RM200. Kerja 20 hari je, kau boleh dapat dalam RM4,000 sebulan. 

 

Apa komen dan pendapat tentang isu gaji pada masa kini?

Aku rasa tak adil bila majikan bagi gaji RM1,800 terutama pada fresh graduate. Bayangkan kau dah belajar bertahun-tahun lamanya, tapi gaji banyak tu je. Sepatutnya gaji untuk mereka ni lebih mengiurkan. Sebab bagi aku kalau aku bekerja, aku akan bagi sepenuh jiwa dan raga terhadap kerja yang aku buat. Maknanya aku takkan ada masa untuk buat lebih dari satu kerja. 

Kalau gaji aku banyak tu je, aku kena fikir untuk buat kerja lain untuk tampung kehidupan aku. Lebih-lebih lagi kalau gaji RM1,800 duduk dekat KL sekarang ni dah dikira miskin teruk. Bagi aku mereka pencari kerja ni patut dibayar mahal tapi berdasarkan kepakaran yang mereka ada. 

Aku dah berkali-kali interview job seeker. Apa yang aku nampak, mereka ni mengharapkan tempat kerja ni sama seperti universiti. Aku faham bila awal-awal kerja tu kau kena banyak belajar tapi kau tak boleh selama-lamanya belajar sebab ini bukan universiti. Aku sebagai majikan kenalah fikir tentang untung rugi company, masa dan sebagainya. 

 

Apa sebenarnya yang dicari oleh majikan terhadap seorang pencari kerja?

Bagi aku majikan lebih mencari dan lebih prefer job seeker yang ada common sense dalam diri mereka. Contohnya kau apply kerja sebagai seorang designer tapi kau tahu cara untuk menjual, jadi kau boleh reka poster macam mana nak tarik orang untuk membeli. Itu dah dikira extra skills yang ada dalam diri kau. Kalau aku, aku suka orang yang tahu nak buat lebih dari satu kerja. Aku sendiri pun tak ralat untuk bayar lebih kepada orang yang ada skill macam ni. 

Aku bukan bercakap soal fresh graduate je, tapi aku bercakap untuk semua. Sepatutnya mereka yang ada ciri-ciri sebegini haruslah dibayar dengan gaji yang setimpal. Macam aku, adakah aku sanggup tengok staff aku buat sampai dua, tiga kerja? Aku tak boleh, serious aku tak boleh.

Bayangkan siang kau kerja di office, malam kau kerja bawak grab pulak. Esok pagi kau kena pergi kerja balik. As a boss, aku memang kesian kalau tahu staff aku buat dua-tiga kerja macam ni. Bagi aku kalau staff tu boleh bagi extra effort untuk kerja yang dia buat tu, apa salahnya aku pun bagi dia gaji lebih. 

Setiap kali interview pekerja, soalan yang aku akan tanya, ''Berapa kau punya komitmen bulanan?'' Dari situ aku boleh agak dah gaji yang aku nak tawarkan. Aku buat macam ni supaya staff aku boleh bekerja dengan aman dan tak rasa terbeban langsung. Itulah sebenarnya misi dan harapan aku.

 

Tonton Video Penuh: