Graduan 7 Bulan Menganggur, Hijrah Dari Perlis Ke Kuala Lumpur Membuahkan Hasil, Kini Menjadi Usahawan
# Gaya Hidup

Graduan 7 Bulan Menganggur, Hijrah Dari Perlis Ke Kuala Lumpur Membuahkan Hasil, Kini Menjadi Usahawan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Oct 26, 2020
pada 5:32 PM

Sebut sahaja mengenai NASIB sudah pasti semua orang berbeza terutamanya pada zaman PKP ini semuanya menjadi haru biru. Begitu juga dengan seorang bekas graduan, Hazli Asyraf Ruslim, dia menganggur sejak tujuh bulan lalu selepas tamat pengajian di Politeknik Pagoh Johor.

"Selepas 7 bulan, alhamdullilah tercipta juga bisnes kecil-kecilan. Tak beli tak apa kalau boleh RT dah cukup untuk kami.

"Sekurang-kurangnya ramai yang tahu. Moga Allah balas jasa korang semua.," tulisnya di laman Twitter.

Menurutnya, sebelum ini dia sudah menceburi pelbagai bisnes kecil-kecilan sementara menunggu pekerjaan tetap.Daripada menjual air buah, cookies untuk hari raya, sehinggalah pemuda yang berada daripada Perlis ini berhasrat untuk berhijrah.

" Saya berhijrah bersama rakan sekolah iaitu  Azrai Emir Ainor Zafri ke Kuala Lumpur.

"Beberapa bulan jugak kami terpaksa menumpang rumah rakan yang ada disini untuk melangsungkan kehidupan sambil mencari kerja.

Menurutnya, sepanjang tempoh penghijrahannya macam-macam hal berlaku namun dia tetap memghadapi dengan tabah.Dengan modal RM4,000, Hazli berkata mereka berdua memulakan bisnes menjual nasi daging bakar, nasi ayam bakar dan nasi kambing bakar dari rumah sewa di Sentul.