5 Elaun Untuk Orang Hilang Kerja
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

5 Elaun Untuk Orang Hilang Kerja

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 13, 2020
pada 10:01 AM

Semenjak awal tahun ini PERKESO merekodkan hampir 100,000 orang dilaporkan kehilangan pekerjaan akibat situasi global pandemik co vid. Badan itu juga menjangka kan pertambahan 25,000 orang lagi akan kehilangan kerja pada awal tahun hadapan jika pandemik ini terus berlaku. 

Bagi yang telah kehilangan kerja, ramai yang tidak tahu apa perlu dilakukan. Hidup seperti rasa bergantung tanpa tali. Dengan kos sara hidup yang kian meningkat, tambahan pula situasi sekarang yang amat susah mencari pekerjaan, ramai taktahu apa yang mereka boleh lakukan. Melalui PERKESO, bermula 1 Disember 2018,  mereka yang mempunyai rekod caruman lebih dari 11 bulan dan telah kehilangan kerja layak menuntut faedah penuh Sistem Insurans Pekerja (SIP) 

 

Pertama, menuntut Elaun Mencari Pekerjaan.

Elaun ini diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan dan tuntutan boleh dibuat dalam tempoh 60 hari selepas di berhentikan kerja. Contohnya kalau gaji korang RM4,000, korang layak menerima RM3,160 pada bulan pertama selepas 7 hari tuntutan dibuat, RM1,975 pada bulan kedua, RM1,580 pada bulan ketiga dan keempat dan RM1,185 pada bulan kelima.

Cara tuntutan BACA SINI

 

Kedua, menuntut Elaun Pendapatan Berkurang EPB)

Elaun ini diberikan kepada mereka yang mempunyai beberapa pekerjaan dan kehilangan satu daripadanya. Kadar dan tempoh pembayaran adalah sama dengan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP). Pembayaran akan dibuat secara pukal.

 

Ketiga, Elaun Latihan (FL)

Mana-mana orang berinsurans yang mengikuti program latihan yang disarankan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerja PERKESO layak mendapat elaun bagi menjalani program latihan. Elaun akan diberi sebanyak RM20 sehari. Yuran latihan pula dibayar terus kepada syarikat yang menyediakan latihan (service provider) bagi pemohon yang terpilih mengikuti kemudahan latihan vokasional tidak melebihi tempoh enam bulan dengan kos maksimum latihan iaitu RM4,000.

 

Keempat, Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

Kalau korang dah menerima Elaun Mencari Pekerjaan dan dapat cari kerja lebih awal dari tempoh yang ditetapkan, elaun ini akan dibayar mengikut baki yang ada.

Contohnya tempoh dapat pekerjaan semula adalah dalam masa 6 bulan, tapi dalam masa 3 bulan korang dah berjaya dapat pekerjaan yang baru. Baki 3 bulan Elaun EMP yang patut dibayar akan diberikan kepada korang.

 

Kelima, faedah bantuan pencarian pekerjaan.

Faedah ini bukan dalam bentuk kewangan, tetapi dalam bentuk perkidmatan dimana perkhidmatan kaunseling kerjaya dan program penempatan pekerjaan. Pegawai perkhidmatan pekerjaan PERKESO akan bantu untuk memahami masalah dan potensi korang dalam kerjaya. Melalui itu, mereka dapat menyarankan pekerjaan yang bersesuain.

Sumber: PERKESO

Senarai Automatik Lulus Pengeluaran KWSP Akaun 1 BACA SINI