Cara Mudah Kesan Status Halal Makanan
# Trending Semasa

Cara Mudah Kesan Status Halal Makanan

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Dec 29, 2020
pada 6:23 PM

Baru-baru ini kecoh mengenai status daging import yang dikatakan mendapat sijil halal yang tidak sah. Dikatakan kartel daging haram itu telah berada dipasaran selama lebih 40 tahun tetapi telah di sangkal oleh pihak KPDNHEP kerana syarikat tersebut mula mendaftar pada tahun 2014 dan mendapat permit import pada tahun 2017. Terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama berkongsi mengenai cara mengenalpasti status halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Cara Mudah Kesan Status Halal Makanan.

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesyor kan kepada pengguna Muslim di Malaysia untuk memuat turun aplikasi Verify Halal di telefon bimbit masing-masing. Pengguna boleh memperolehinya di Apps Store dan Google Play. 

Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk menyemak status halal produk, sama ada dengan mengimbas kod bar, menaip maklumat produk atau melakukan pencarian mengikut produk, jenama, syarikat dan negara.

Bagi pengguna Apple, korang boleh mendapatkan aplikasi ini disini KLIK SINI

Manakala bagi pengguna Android, korang boleh mendapatkan aplikasi ini disini KLIK SINI

Selain digunakan untuk mengesan status halal, aplikasi ini juga membenarkan pengguna mereka untuk mendapatkan maklumat waktu solat bagi setiap negeri dan juga mencari tempat solat berdekatan.

Semalam juga, Dr Zulkifli membuat tinjauan di beberapa pusat penyembelihan Muslim di HS Nada Sdn Bhd. Syarikat ini adalah antara penggerak utama industri ternakan dan daging milik Muslim bumiputra di Rawang, Selangor, menurut beliau lagi. HS Nada adalah antara syarikat yang dikenali dalam semua aktiviti dan pemprosesan lengkap dari penternakan, penyembelihan, penjualan serta pemasaran produk jenama HS Nada yang berpengalaman selama 30 tahun. 

Selain itu, mereka juga menyambut baik kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkaitan logo halal dalam kes kartel daging haram.  Baca disini untuk kenyataan media penuh KLIK SINI