Tips Jawab Soalan Yang Tidak Disangka Ini Ketika Interview
# Pengetahuan Interview

Tips Jawab Soalan Yang Tidak Disangka Ini Ketika Interview

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Jan 5, 2021
at 2:26 PM

Sebelum pergi interview, calon mesti dah mempertimbangkan apa soalan-soalan yang akan ditanyakan semasa interview berlaku. Soalan-soalan seperti memperkenalkan diri, kenapa pilih kerja ni, apa kelebihan diri telah menjadi suatu kebiasaan kepada para calon dan majikan. Tapi sejak kebelakangan ni, soalan ni cukup famous dan sering ditanyakan, iaitu-- Apakah pegangan nilai teras anda? Atau dalam Bahasa Inggeris "what is your core value?" Tips Jawab Soalan Yang Tidak Disangka Ini Ketika Interview

Jadi apa 'core values' ni sebenarnya?
'Core Value' atau dalam bahasa Melayu-nya ialah nilai teras merupakan satu set kepercayaan asas, cita-cita atau amalan yang memberitahu bagaimana anda menjalankan kehidupan anda, secara peribadi dan profesional. Perkara ini penting buat sesebuah organisasi kerana dapat membantu menentukan dan mencorakkan bagaimana untuk memperuntukkan sumber, membuat keputusan penting dan mengembangkannya.


Kenal pasti 'core value' untuk diri sendiri atau di dalam syarikat dapat menentukan dan mengarah kepada keperluan, tujuan dan keputusan yang dibuat di dalam kehidupan. Dengan mengetahui 'core value' anda, anda mudah untuk menilai hala tujuan kerjaya anda. Sebagai contoh, jika 'core value' anda adalah kejujuran, anda akan berpegang dan merujuknya apabila ingin membuat keputusan mengenai sesuatu perkara sama ada perlu disebarkan atau dirahsiakan. 

Antara 'core values' yang anda gunakan sama ada secara peribadi dan profesional. Semua ini bergantung kepada diri sendiri bagaimana anda menyesuaikannya mengikut kehendak organisasi, majikan;

  • Keterbukaan
  • Kreativiti
  • Kepercayaan
  • Cabaran
  • Keazaman 
  • Persahabatan
  • Kepimpinan
  • Harmoni
  • Pengaruh
  • Dan banyak lagi..

Lepas dah tahu 'core values' masing-masing, korang boleh gunakan perkara dalam beberapa platform:

1. Dalam resume
Sekiranya anda mengemas kini atau membuat resume, mungkin berguna untuk menyenaraikan nilai teras anda sesuai dengan kedudukan yang anda pohon. Terutama jika anda baru di alam pekerjaan tetap ada beberapa pengalaman, anda mungkin meneliti semula nilai-nilai teras ke dalam contoh-contoh pencapaian tertentu dalam aktiviti/pekerjaan yang dipegang sebelumnya.

2. Selaraskan core values anda mengikut organisasi/pekerjaan yang dicari

Cari pekerjaan di syarikat-syarikat yang selaras dengan jenis kerja yang anda ingin lakukan, budaya yang anda ingin masuk dan misi yang anda ingin bekerjasama. Perlulah relevan dan selari dengan kehendak sesebuah organisasi. Perkara ini penting supaya anda terus berusaha melakukan yang terbaik. 

3. Beritahu core value anda semasa interview
Semasa interview, majikan mungkin bertanya soalan seperti, "apa yang mendorong anda?", Atau "mengapa anda memilih untuk memohon di sini?" Anda boleh menggunakan nilai teras anda untuk menjawab soalan-soalan ini mengikut kesesuaian konteks. Sebagai contoh, jika anda membantu syarikat anda sebelum meningkatkan produktiviti sebanyak 20%, anda seorang bertanggungjawab (core value) terhadap masa dan kerja.