Tak Perlu Bagi Maklumat Diri Atau IC Bila Polis Minta? Ini Hak Yang Korang Wajib Tahu
# Others

Tak Perlu Bagi Maklumat Diri Atau IC Bila Polis Minta? Ini Hak Yang Korang Wajib Tahu

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 23, 2021
pada 8:39 AM

Kita ni bila kena tahan dengan polis mulalah kecut perut, gelabah tak tentu pasal walaupun takbuat salah. Rasanya mesti ramai macam ni kan? Tapi tahukah korang, korang ada hak untuk tidak membuat apa yang disuruh oleh anggota pihak. Jom teruskan membaca untuk mengetahui apa yang korang boleh buat jika berada dalam senario begini. Tak Perlu Bagi Maklumat Diri Atau IC Bila Polis Minta? Ini Hak Yang Korang Wajib Tahu

 

#1 Jika polis tahan tetapi tidak memakai uniform dan meminta dokumen identiti korang.

Korang boleh minta mereka menunjukkan kad kuasa polis. “Boleh saya lihat kad kuasa encik?”

  • Cara kenalpasti kad kuasa polis:

    Merah: Suspended Police Officer. Mereka tiada kuasa untuk meminta dokumen orang awam dan korang boleh berlalu pergi tanpa rasa bersalah.

    Biru: Jawatan Inspektor dan ke atas

    Kuning: Jawatan inspektor dan ke bawah

    Putih: Polis simpanan

     

    #2 Jika polis tahan dan memakai uniform lengkap meminta maklumat identiti korang

    Take note nama dan juga nombor ID mereka yang tertulis di uniform yang dipakai

  • Jika polis tersebut menggunakan kenderaan, catit nombor plat kenderaan beliau.

     

    #3 Polis menahan korang untuk berhenti dan meminta maklumat identiti

    Apa yang perlu dibuat? Pastikan korang hanya memberi maklumat nama, nombor IC dan alamat. Ingat, jangan serahkan IC korang.

     

    #4 Kalau polis tahan dan tanya banyak soalan lain pula?

    Kalau dalam situasi ni, korang berhak untuk bertanya semula dekat anngato tersebut ‘Adakah saya ditahan?’

    Jika jawapannya ‘Ya’, korang berhak untuk tahu sebab apa dan mereka perlu menjelaskannya. 

    Jika jawapannya ‘Tidak’, korang berhak untuk pergi dari situ atau katakan tidak jika mereka meminta korang untuk ke balai atau kemana-mana sahaja.

    Ingat, anggota polis tiada hak untuk menahan korang jika korang disabitkan sebagai saksi kejadian atau ingin mengambil statement sahaja.

     

     

    Cara nego gaji secara PERCUMA! 

    Kami ajar dari A-Z untuk korang dapatkan gaji yang korang nak!