Selain Imelda Marcos, 4 Lagi ‘First Lady’ Yang Terkenal Dengan Sikap Boros
# Others

Selain Imelda Marcos, 4 Lagi ‘First Lady’ Yang Terkenal Dengan Sikap Boros

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Mar 25, 2021
pada 7:37 PM

Bila bercakap soal 'Wanita Pertama Dunia' atau 'First Lady,' korang mesti familiar dengan nama-nama Imelda Marcos, Raden Ayu Siti Hartinah dan beberapa nama lain. Korang tahu tak, 4 orang wanita pertama ini terkenal dengan sifat mereka yang kuat boros dan hidup mewah. Kenapa mereka dikatakan hidup boros? Apa yang mereka belanjakan sehingga dikatakan boros? Selain Imelda Marcos, 4 Lagi ‘First Lady’ Yang Terkenal Dengan Sikap Boros

 

#1 Imelda Marcos,  memiliki lebih 3000 pasang kasut

Wanita Pertama Filipina, Imelda Marcos merupakan bekas ratu cantik dan terlibat dalam dunia pelacuran kepada golongan atasan. Beliau akhirnya berkahwin dengan Presiden Marcos, seorang diktator yang berkuasa di Filipina dari tahun 1965 hingga 1986.

Imelda cukup berpengaruh dalam kerajaan Marcos. Beliau telah merompak dan merampas harta milik negara Filipina selama tempoh 20 tahun. Pesta-pesta yang diadakan oleh Imelda menjadi bualan satu dunia sehingga hari ini.

Imelda adalah wanita pertama paling boros dan kuat berbelanja dalam sejarah. Beliau amat terkenal dengan minatnya terhadap kasut dengan memiliki lebih 3000 pasang kasut. Selain itu, melalui satu serbuan ke kediamannya dulu, turut menemui koleksi berlian yang antaranya berlian merah jambu bernilai RM21.1 juta dan gelang tangan Bvlgari bertanda harga AS$1juta.

Bukan itu saja, beliau turut memiliki1500 buah tas tangan, 1200 gaun label pereka fesyen terkenal dunia dan 35 buah almari berisi kot bulu. Belum dikira lukisan mewah, perabot dan aset lainnya. Beliau juga dilaporkan memiliki akaun bank di Switzerland dengan wang tunai RM1.5bilion.

Kegilaannya membeli-belah terserlah apabila beliau boleh menaiki pesawat peribadi milik negara ke mana-mana sahaja negara yang dirasakan punya koleksi barang yang diingininya. Pernah terjadi, dalam perjalanan ke Roma, beliau meminta pesawat berpatah balik ke New York hanya kerana Imelda terlupa membeli keju!

 

#2 Marie Antoinette, siap habiskan dana negara

Marie Antoinette merupakan Permaisuri Raja Louis ke-14. Beliau membelanjakan dana negara untuk tujuan berfoya-foya dan pesta yang melampaui batas. Setelah kehabisan dana negara, Raja Louis terpaksa mengenakan cukai pertanian yang membebankan kaum tani.

Kegilaannya mengumpul helaian baju mewah, sepatu dan barangan kemas yang tinggi nilainya antara penyumbang awal bagaimana Perancis menjadi salah sebuah kota fesyen sehingga kini. Selain banyak berhabis untuk koleksi barangan peribadi, Antoinette juga dikatakan banyak menghabiskan wang kerajaan dalam penganjuran temasya dan keraian.

Untuk memenuhi tuntutan nafsu Antoinette itu, suaminya mula mengenakan cukai pertanian yang membenankan golongan petani. Kemuncak kemarahan rakyat Perancis waktu itu diterjermahkan pada 12 September 1792 apabila ledakan Revolusi Perancis akhirnya menggulingkan sistem Raja dan golongan petani yang menderita dek kemiskinan dan kebuluran bersetuju untuk memenggal leher Antoinette pada 16 Oktober 1793.

 

#3  Leila Ben Ali, beli aiskrim guna pesawat khas terbang

Pada asalnya, Leila bekerja sebagai seorang pendandan rambut. Namun, dengan kelicikannya, beliau berjaya mengahwini Zainal Abidin Ali yang merampas kuasa pada tahun 1987 untuk menjadi Presiden Tunisia.

Untuk membuktikan bahawa dia seorang yang prihatin, Leila telah menubuhkan SAIDA, badan amal melawan barah. Malangnya, melalui badan amal ini, dana negara telah disalurkan ke dalam poket Leila.

Pernah dilaporkan oleh media Perancis, bagaimana Leila pernah menghantar sebuah pesawat khas terbang ke Selatan Perancis hanya untuk membeli aiskrim yang disukainya. Pada 4 Januari 2011, seorang anak muda bernama Mohamed Bouazizi melakukan protes dengan membakar dirinya sendiri.

Dan inilah permulaan kepada gerakan jalanan di Tunisia yang menamatkan penguasaan selama 22 tahun Leila dan Zainal Abidin. Ketika diburu oleh rakyat, Leila dan Zainal telah memecah masuk ke dalam Bank Negara Tunisia dan merompak 60 kilogram jongkong emas. Mereka kemudiannya melarikan diri ke Arab Saudi.
 

#4 Evita Peron, rampas banyak harta negara

Siapa sangka janda berhias yang pandai berlakon dan menyanyi ini yang menjadi isteri kedua Juan Peron, menjadi figura yang cukup berpengaruh dalam era politik Kononel Peron. Setelah suaminya diberi mandat sebagai Presiden Argentina pada tahun 1946, Maria Eva Duarte de Paron atau lebih dikenali sebagai Evita Peron mula mencetuskan gaya hidup mewahnya yang tersendiri sehingga berjaya merampas begitu banyak harta negara menjadi aset peribadinya.

Evita pernah dilaporkan mengadakan lawatan rasmi ke Eropah tetapi tujuan sebenarnya adalah bercuti dan membuka akaun bank di Switzerland. Suaminya, Juan Peron mengalami pasang surut dalam kerjaya politiknya, namun populariti Evita Peron tidak sepi.

Beliau didapati menghidap kanser. Walaupun para doktor cuba memberikan rawatan terbaik, namun beliau tidak berdaya menawan sakitnya, akhirnya meninggal dunia pada 26 Julai 1952 dalam usia 33 tahun. Suaminya digulingkan pada tahun 1955 dan melarikan diri ke luar negara, meninggalkan mayat Evita yang masih menjadi kontroversi walau selepas kematian rohnya. Jasadnya dikatakan pernah dibawa lari, diawet dan hilang secara misteri selama 16 tahun!