6 Kesilapan Ramai Yang Buat Semasa Cari Kerja, Sebenarnya Ini Punca Tak Panggil Temuduga
# Pengetahuan Pekerja

6 Kesilapan Ramai Yang Buat Semasa Cari Kerja, Sebenarnya Ini Punca Tak Panggil Temuduga

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

Apr 1, 2021
pada 10:34 PM

6 Kesilapan Ini Ramai Yang Buat Semasa Cari Kerja, Sebenarnya Ini Punca Tak Panggil Temuduga | Memang tak akan dapat lah jawabnnya kalau perangai korang macam ini.

Kebelakangan ini graduan mengalami kesukaran dalam pasaran kerja sehinggakan graduan dean's list pun yang memohon sebulan dua awal sebelum tamat belajar juga mengalami masalah yang sama juga.

Yes, majikan suka mengambil graduan-graduan muda ini untuk bekerja sebab mereka ada banyak energy dan sanggup untuk lakukan apa sahaja asalkan kerja siap. Tapi tak kisah lah betapa bagus pun korang, peluang untuk diambil bekerja akan meningkat kalau korang elakkan daripada buat kesalahan-kesalahan biasa yang dilakukan apabila mencari kerja.

Tak proaktif dalam mencari kerja

Waktu mencari kerja ni atau job hunting, bukannya masa untuk korang chill lepak-lepak dan mohon 1-2 je sehari. Korang perlu aggresif dalam mencari kerja. Mulakan rancangan korang dari awal lagi. Buat senarai 10 company yang korang target untuk dapatkan beserta jawatan dan apa lagi, teruskan process cari info yang berkaitan serta maklumat company tu.


Terlampau bergantung pada internet

Memang zaman sekarang ni semua benda boleh dapat dengan Google je. 78% graduan mencari kerja dengan melayari internet dan perlu diingatkan berapa ramai graduan lain yang juga sedang baca jawatan yang di-post di internet tu. Beribu-ribu orang mohon kerja yang sama, dan juga beribu resume yang msauk dalam email mereka tu. Jadi macam mana nak pastikan permohonan korang tu menyerlah? 

Graduan perlu ambil alternatif lain dengan wujudkan networking serta connection dengan orang-orang penting dalam company yanag korang mohon tu. Tanya pada parents korang, saudara-mara sekalipun jika mereka ada kenalan dalam company tu.

Tapi itu tak bermaksud korang salah gunakan 'orang dalam' untuk dapatkan kerja, korang perlu buat sesuatu untuk biar majikan nampak potensi korang dan bukan hanya disyorkan oleh teman-teman. Ada macam-macam cara, cuba fikirkan..

Guna template resume yang sama

Bosannya guna template resume yang sama je. Asyik-asyik recruiter baca resume yang sama je. Cuba untuk ubah sikit daripada yanng biasa tu kepada lain sikit. Cipta satu resume yang bawa maksud yang kuat dan bila pandang je terus rasa macam nak ambil kerja terus. Kenal pasti apa kriteria-kriteria yang recruiter mahukan dan letak dalam resume cantik-cantik. Jangan buat resume yang bosan dan tak best nak baca. 

Jadikan resume tu sebagai medium untuk nak 'jual' diri korang dalam alam pekerjaan ni. Sekarang tak ke dah ada banyak templates resume yang boleh dapatkan dekat internet. Jangan malas-malas ye. 


Tak gunakan apa yang ada dalam internet sepenuhnya

Graduan sekarang ni semua benda dah ada depan mata cuma nak tunggu gunakan cara betul ke tak je. Ada macam-macam platform berkaitan kerja ni yang boleh digunakan tapi itulah tak ramai yang tahu sebab benda-benda macam tu tak best macam Facebook atau mana-mana social media yang lain. Salah satu alat yang boleh korang gunakan adalah Linkedin. Amat-amat berguna untuk mereka yang nak mohon kerja ni. 

Kalau korang ada Linkedin, boleh lah selitkan dalam resume korang so majikan boleh tengok akaun korang dan baca semua info-info. Linkedin ni menunjukkan yang korang ni professional dan dah bersedia untuk alam pekerjaan.

Letakkan gaji yang tinggi melampau

Graduans sekarang terlampau fokus untuk mencari kerja yang paling sesuai untuk mereka daripada mencari kerja pertama. Beragak lah sikit, mana ada orang dari awal lagi tanpa sebarang pengalaman dah mohon jawatan sebagai Eksekutif apa. Gaji pula tak selaras dengan jawatan yang dimohon. Macam mana recruiter nak terima korang kalau perangai diva sangat. Haha..

Fokus dalam mencari kerja pertama korang. Kerja yang mana akan berikan pulangan yang berbaloi, dikelilingi mereka yang hebat-hebat belaka serta sibuk dengan menimba ilmu baru. Biar lah kalau tak sempurna mana asalkan dapat pengalaman. Pengalaman itu penting tau. Semua orang mula dari bawah, dan makin lama korang pun akan panjat tangga terus ke atas. 

Berlagak tak professional langsung

Jangan lupa, alamat email tu yang paling penting sekali. Kalau boleh gunakan nama korang dan elakkan guna alamat email yang nampak kebudak-budakan sangat. 

Haa... bukan itu je, korang kena  bersedia untuk recruiter mulakan process 'menggali' dia tu. Pastikan segala jenis social media korang daripada Facebook, Twitter semuanya nampak okay dan professional. Jangan main-main diorang memang betul-betul akan pantau akaun korang untuk pastikan korang ni tak ada sebarang masalah sikap yang melampau teruk. Gambar profile juga pastikan yang elok dan tidak menjolok mata.

Untuk anda yang follow blog Maukerja jangan terima kasih dan jangan lupa teruskan mendapatkan info-info menarik. Malah untuk anda belum follow sila singgah tau dan korang yang tengah mencari kerja kosong boleh lawat di portal Maukerja. Pelbagai jenis pekerjaan yang kami update di sana. Jom join group telegram kami untuk dapat terus update ke phone anda.