Ini 5 Cara Tradisi Halau Semut Naik Rumah Ramai Tak Tahu
# Gaya Hidup

Ini 5 Cara Tradisi Halau Semut Naik Rumah Ramai Tak Tahu

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

Apr 3, 2021
text.at 12:59 AM

Apakah Cara Tradisional Halau Semut?

 Ini 5 Cara Tradisi Halau Semut Naik Rumah Ramai Tak Tahu | Kadang-kadang kalau nak senang, spray je racun aerosol untuk bunuh serangga perosak. Cuma nak guna di kawasan dapur ke atau tempat ada kanak-kanak, agak bahaya la kan. 

Lebih-lebih kalau anda nak guna racun semut yang saiznya kecil dan seperti gula-gula tu. Bimbang ditelan anak sebab ingatkan makanan. 

Nak guna profesional mahal, nak guna racun semut bahaya, macam mana ni? Jadi, seperti zaman dulu, ada lah petua tradisional yang boleh diguna pakai oleh sesiapa yang nak halau semut di rumah.

Kalau tengokkan petua nak halau semut ni, memang banyak betul sampai tak tau nak pilih yang mana satu. 

Tak nak buang masa lagi, jom kita tengok beberapa petua halau semut secara tradisional yang kami jumpa ni!

Petua nak halau semut ni tak susah nak buat sebab guna benda-benda yang memang selalu ada di rumah, kalau tak ada pun, senang sangat nak pergi beli kat mana-mana pasaraya atau kedai runcit.

1) Kulit telur

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Lepas dah pecahkan telur ayam, jangan buang kulitnya sebab boleh guna untuk halau semut. Caranya senang je, hancurkan kulit telur dan bakar sampai jadi abu. 

Abu tu anda tabur di tempat semut selalu berkerumun, laluan semut, atau nak tabur terus pada sarang semut pun boleh.

2) Dauh sirih

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Semut memang tak suka dengan bau daun sirih. Potong kecik-kecik beberapa daun sirih, dan tabur di laluan semut atau tempat ia selalu berkerumun. Bila dah bau daun sirih ni, gerenti semut akan pergi main jauh-jauh.

3) Cuka

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Cuka putih ni salah satu petua yang sangat berkesan sebab semut paling pantang dengan baunya yang kuat, dan kandungan cuka yang berasid tu.

Larutkan cuka dalam air, dan masukkan dalam botol spray tu. Dah siap, sembur je kat mana-mana pintu masuk atau tempat selalu ada semut.

Ulang beberapa kali lepas semburan tu dah kering, dan kesannya boleh nampak dalam beberapa hari selepas semburan. 

4) Soda bikarbonat

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Soda bikarbonat ni dah tak payah campur apa-apa. Tabur je serbuk soda bikarbonat di tempat yang anda tak nak semut datang.

Disebabkan bau dari soda bikarbonat tu akan mengganggu deria bau semut, semut tu tak akan berkerumun dah. 

5) Serbuk kopi

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Yang ni, kena pastikan guna serbuk kopi yang asli, sebab baunya yang kuat boleh menghalau semut dari menghurung makanan yang ada kat rumah anda. 

Caranya, ambil sikit serbuk kopi dan letak di tempat laluan masuk semut. Biar je serbuk tu di situ beberapa hari dan anda akan nampak hasilnya. Tiada lagi semut di situ! 

6) Air limau nipis

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Perah limau nipis di laluan semut untuk mengacau deria bau mereka. Perahan jus limau nipis juga dapat membunuh semut, dan sambil tu, rumah anda pun bau segar je. Masalah semut hilang, aroma dalam rumah pun harum!

 

Tips Untuk Elak Semut Kembali!

Kita dah tengok petua hapuskan semut, sekarang kita tengok pula petua untuk elak semut yang dah hilang tu muncul semula. 

Banyak sebenarnya petua nak elak semut kembali berkerumun di rumah, tapi ada satu yang kami percaya kesannya terbaik terutama kalau anda duduk di rumah kampung! 

Caranya adalah dengan letak bunga cengkih! Bila dah guna ni memang tak ada langsung semut datang.

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Satu lagi produk yang ramai juga pakai, lagi-lagi kalau kat kedai makan, adalah penyembur serai wangi. Nak cari serai wangi memang susah jika duduk di bandar, jadi boleh je sembur serai wangi ni. 

Selain semut, serangga lain seperti lalat, lipas pun akan lari disebabkan bau serai wangi ni! Senang, semua kena.  

Semut, Cara halau semut, Petua halau semut, semut api, semut mayat, racun semut

Panjang lebar kami jelaskan tentang jenis semut dan cara nak hapuskan semut serta tips elak semut kembali di rumah anda. Apa lagi, boleh lah cuba! 

Selain tu, pastikan juga rumah sentiasa bersih dan tak ada sisa makanan, ini lah sebenarnya kaedah terbaik sebab pencegahan lebih penting daripada mengubati kan? 

Selamat mencuba semua! sumber