Siapa yang tidak kenal Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay yang beritanya sering menghiasi dada-dada akhbar dan kaca televisyen atas kejayaan membanteras kes-kes jenayah serta menaikkan imej Polis Diraja Malaysia. Di sebalik imejnya yang serius serta dikenali dengan ketegasan membanteras jenayah, rupa-rupanya ramai yang tidak menyangka Ketua Polis Johor ini ada sisi berlainan apabila handal menebar roti canai.
