Made In Bangladesh Je, Tapi Mahal Semacam! Patutlah, Rupanya Ini Cara Nak Buat Baju ZARA!
# Gaya Hidup

Made In Bangladesh Je, Tapi Mahal Semacam! Patutlah, Rupanya Ini Cara Nak Buat Baju ZARA!

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 27, 2021
text.at 7:25 AM

Teringin bershopping di Zara tapi bila tengok harganya "Tak apalah, tunggu kaya macam Neelofa aku datang balik." Awatlah mahal sangat! Tapi kalau korang tengok bagaimana cara pemprosesan pakaian berjenama dengan jumlah sales berbiliion ni, memang sesuailah dengan harga yang ditawarkan! Hi-tech dan detail habis! Made In Bangladesh Je, Tapi Mahal Semacam! Patutlah, Rupanya Ini Cara Nak Buat Baju ZARA!

Wartawan daripada Business Insider US mendapat peluang untuk melihat bagaimana pakaian jenama terkenal antarabangsa ini diproses. HQ ataupun ibu pejabat yang dilawati wartawan Business Insider ini terletak di Arteixo, utara Sepanyol. Kalau korang nak tahu, di negara inilah pengasasnya, Amancio Ortega membuka kedai pertamanya.

Buat masa ini, lebih daripada 5,000 pekerja yang bertugas di HQ Zara yang menjadi lokasi terciptanya design-design terbaru, fotografi, modeling, pengilangan hinggalah logistik untuk penghantaran ke cawangan Zara di seluruh dunia. 

Jom kita tengok macam mana suasana kilangnya!

Kisahnya bermula di bahagian terpenting HQ Zara yang menempatkan 300 orang designer yang aktif mencari idea untuk menghasilkan design koleksi-koleksi terbaru Zara. 

Sebaik design pakaian selesai dihasilkan, ianya akan dibawa kepada pasukan yang akan menghasilkan potongan-potongan pakaian untuk rekaan prototype. 

Bila prototype dah selesai dihasilkan, ianya akan dicuba oleh model-model yang juga merupakan pekerja tetap di syarikat ini (kerja paling cool!). Terdapat hampir 10 orang model yang digunakan untuk mencuba koleksi-koleksi terbaru pakaian wanita dan lelaki yang telah dihasilkan. 

Bila dah selesai semua ni, dan prototype tu memang nampak cun bila dipakai, pattern dalam bentuk digital dihantar kepada salah satu kilang yang ada di sini. 

Salah satu kilang? Banyak ke kilangnya?

Berkeluasan 860,000 kaki persegi, kompleks ini menempatkan 10 kilang berbeza yang terlibat dalam penghasilan antara pakaian paling trendy dalam industri fesyen dan yang paling memerlukan perincian. Kilang ini dihubungkan dengan pusat pengedaran melalui jalan bawah tanah menggunakan penyangkut pakaian elektronik.

Produk-produk lain pula akan dihantar ke kilang-kilang lain di seluruh dunia. 


Langkah pertama pengilangan pakaian di kilang Zara ini adalah penyusunan corak pada fabrik supaya corak yang dipotong tu menggunakan segenap ruang kain. Barulah jimat!

Warna-warna berbeza yang terpapar pada skrin ini menunjukkan bahagian-bahagian berbeza untuk 1 pasang baju. 

Proses untuk menyusun corak ni lebih kurang macam main Tetris!


Corak yang dah disusun tadi akan dihantar kepada mesin untuk memulakan proses percetakan corak. 

 


Fabrik tadi akan diletakkan dibawah mesin pemotong yang besar dan kertas yang dicetak tadi akan diletakkan di bahagian atas. 


Kedua-dua material akan di'padu'kan menggunakan lapisan plastik dan mesin akan memotong material ini untuk menghasilkan bentuk yang telah diset tadi. 


Untuk fabrik yang nipis, 200 lapisan boleh dipotong sekaligus pada satu-satu masa. 


Selepas fabrik selesai dipotong, lapisan-lapisan kertas dan fabrik ini akan diletakkan di dalam kotak. Kotak-kotak ini lengkap dengan info di mana ianya patut dihantar dan jenis bahagian.


Potongan-potongan ini dan juga prototypenya akan dihantar ke kilang luar untuk dijahit. Kilang jahitan tu akan menjahit pakaian berdasarkan prototype yang diterima. 

Kilang jahitan itu turut bertanggungjawab untuk meletakkan label, zip dan butang pada pakaian.


Sebaik pakaian selesai dijahit, ianya akan dihantar semula ke HQ Zara.


Helaian pakaian yang mahal atau terpenting akan dihantar balik ke bahagian kilang untuk penelitian kualiti. 


Mesin penekan akan digunakan untuk meratakan material.


Bahagian lengan akan dilalukan dengan udara panas untuk memberi bentuk kepada fabrik dan meregangkan jahitan.


Setiap pakaian akan diseterika. 


Pakaian-pakaian ini melalui penelitian satu-persatu untuk memastikan tiada sebarang kesalahan dari segi jahitan.


Pakaian yang memenuhi kriteria akan diberikan security tag. 


Jika terdapat sebarang masalah pada pakaian yang dicek, pakaian akan diletakkan ditepi. 


Kesalahan kecil akan dibetulkan menggunakan mesin jahitan. 


Jom tengok bahagian pusat pengedarannya pula!

Pusat pengedaran yang terletak di HQ ini merupakan yang terbesar daripada 4 buah lagi pusat pengedaran yang terdapat di Sepanyol. Pakaian-pakaian daripada sini akan diedarkan kepada 2,238 cawangan Zara.


Kotak dengan pakaian-pakaian yang baru dijahit akan diturunkan daripada trak dan melalui mesin sensor. 

Mesin ini merupakan salah satu bahagian terpenting dalam operasi. Tujuannya adalah untuk memberikan setiap pakaian ini tag RFID, Radio-Frequency Identification. Tag ini penting untuk mengesan pergerakan barangan dari waktu ianya sampai ke pusat pengedaran hinggalah saat ianya dibeli pelanggan Zara.  


Kotak-kotak ini akan ditempatkan dalam bahagian tertentu untuk beberapa hari sebelum dihantar ke cawangan di merata tempat. 


Barangan yang akan dihantar akan dikeluarkan daripada kotak dan diedarkan kepada beberapa cawangan. 

Informasi yang dipaparkan pada sistem komputer akan mendedahkan kepada pekerja berapa banyak jumlah barangan yang akan dihantar ke sesebuah cawangan. 

Bilangan ini telah ditetapkan terlebih dahulu berdasarkan maklumbalas daripada pengurus cawangan Zara berkenaan jenis barangan yang terkenal dalam kalangan pelanggan.

Pengurus cawangan bekerjasama dengan designer dan pasukan komersial secara harian. 


Kotak-kotak yang bersedia untuk diedarkan.

Untuk cawangan di sekitar Eropah, pakaian-pakaian ini akan dihantar menggunakan keretapi, manakala di kawasan luar seluruh dunia pula akan dihantar menggunakan kapal terbang. 

Sekianlah kisah pakaian yang dihasilkan Zara. Macam mana? Semangat nak beli satu? Atau semangat nak buka kilang sendiri?