Cuba Buat 8 Tips Ini, Untuk Anda Kelihat Berisi Atau Gemuk Selepas Hari Raya Aidilfitri
# Gaya Hidup

Cuba Buat 8 Tips Ini, Untuk Anda Kelihat Berisi Atau Gemuk Selepas Hari Raya Aidilfitri

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

Apr 27, 2021
pada 5:15 PM

Ada pelbagai kaedah yang disyorkan doktor-doktor pakar di luar sana yang sering memberikan tips dan teknik bagi menaikkan berat badan atau berisi atau gemuk secara selamat, sihat dan konsisten.

Dan tidak kurang juga bagi mereka yang telah berkongsi di laman-laman media sosial mengenai kisah dan pengalaman serta kaedah mereka telah gunakan dalam menaikkan berat badan.

Kali ini kami akan kongsikan tips-tips menaikkan berat badan buat mereka yang kurus atau mempunyai BMI yang terlalu rendah. Secara automatiknya anda selepas Hari Raya Aidilfitri ini kelihatan berisi dan gemuk bagi sesiapa yang kurus mahukan.

 

Makan semua makanan yang ada

Anda dinasihatkan makan makanan yang dihidangkan semasa Hari Raya Aidilfitri nanti. Setiap kali berkunjung rumah saudara mara jangan lupa makan dan jangan segan-segan.Kalau boleh makan apa sahaja yang berlemak dan sihat.

 

Makan dengan lebih kerap

Bagi mereka yang mempunyai berat badan yang terlalu rendah, mereka mungkin cepat berasa kenyang setelah mengambil suatu hidangan.

Bagi mengatasi masalah ini mereka digalakkan untuk makan dengan kerap, iaitu dengan makan sebanyak 5 atau 6 kali sehari dalam kadar porsi yang kecil, daripada mengambil hidangan dalam 2 atau 3 kali sehari dalam porsi yang besar seperti kelazimannya.

 

Minum smoothies dan shakes

Ramai yang beranggapan bagi menaikkan berat badan, mereka boleh meminum minuman manis dan bergas sesuka hati mereka.

Walaupun ini dapat membantu menaikkan berat dengan kadar yang segera, namun harus diingat bahawa minuman sebegini mempunyai kandungan gula yang tersangatlah tinggi dan nilai nutrisi yang amat rendah.

Sebaliknya, amatlah disyorkan untuk anda membuat sendiri smoothies dan shakesyang jauh lebih sihat dengan menggunakan susu segar dan buah-buahan sahaja.

Tidak tahu macam mana nak buat? Jangan risau, resipi-resipi untuk smoothies dan shakes juga amat mudah didapati di media sosial masa kini – so just search and save!

 

Kerap makan snek

Di samping mengambil portion makanan yang kecil sebanyak 5 – 6 kali sehari, mereka yang ingin meningkatkan berat badan juga disarankan untuk kerap makan snek.

Tetapi haruslah diingat, pemilihan snek mestilah daripada pilihan yang sihat. Antara snek yang sihat dan digalakkan pengambilannya seperti kekacang ataupun sandwich peanut butter.

 

Bersenam

Ramai mungkin hairan dan beranggapan bahawa senaman hanya untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan, bukan menaikkan berat badan.

Ternyata tanggapan itu tidaklah benar, kerana melalui kaedah senaman yang betul, ia mampu meningkatkan berat otot (muscle weight) sekaligus meningkatkan berat badan  seseorang.

 

Tambah berat badan dengan ambil supplement protein

Bagi para atlet dan ahli bina badan, pengambilan suplemen protein sudah tidak asing lagi bagi meningkatkan berat otot mereka. Ini kerana suplemen protein sangat kaya dengan Amino Asid yang penting bagi merangsangkan pertumbuhan otot.

Namun haruslah diingat, pengambilan suplemen protein ini hanyalah disyorkan sebelum atau sesudah bersenam ya!

 

Elak minum air sebelum makan

Kebiasaannya, jika kita minum air sebelum menikmati juadah, ia sedikit sebanyak membuatkan perut kita cepat berasa kenyang.

Ini juga antara penyebab kepada kenapa mereka yang rendah beratnya sukar untuk medapatkan keperluan kalori yang secukupnya.

 

Tambah berat badan dengan ambil kalori melebihi dari kalori yang dibakar

Ramai yang tidak sedar betapa pentingnya untuk kita mengenalpasti jumlah kalori harian yang kita perlukan dalam sehari. Tidak tahu bagaimana?

Jangan risau, anda boleh menentukan keperluan kalori anda dengan mudah menggunakan calorie calculator.

Untuk meningkatkan berat secara pantas dan konsisten, seseorang disyorkan untuk mengambil 700 – 1000 kalori lebih daripada kadar yang diperlukan tubuh badan mereka.