Berjaya Sedia Tawarkan Rumah Mampu Milik Dengan Pembiayaan 60 Tahun Untuk Golongan B40
# Trending Semasa

Berjaya Sedia Tawarkan Rumah Mampu Milik Dengan Pembiayaan 60 Tahun Untuk Golongan B40

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

Apr 29, 2021
pada 10:22 PM

Sekiranya anda mengikuti perkembangan syarikat Berjaya Corporation Bhd (BCorp), pastinya anda cukup tahu di mana syarikat ini telah melantik Jalil Rasheed selaku mantan CEO PNB sebagai CEO terbaru Bcorp. Pelantikan yang dibuat disusuli dengan perletakan jawatan vincent tan sebagai pengurus eksekutif bagi memfokuskan kepada program rumah mampu milik.

Betul ke? Korang tunggu apa lagi sesiapa yang baca artikel ni jangan lepaskan peluang sekiranya ada adalah golongan B40 dan sedang mencari rumah mana tahu kalau untung sabut timbul.

Terbaharu, bermula dengan cadangan,Jalil Rasheed selaku CEO berkongsi di Twitter mengenai inisiatif BCorp dalam menawarkan rumah mampu milik buat golongan B40 di sekitar Lembah Klang.

Menerusi program yang dinamakan sebagai Better Malaysia Foundation (BMF), BCorp yakin mampu menawarkan rumah serendah RM120,000 sehingga RM300,000 bermula dengan saiz 450 kaki persegi sehingga 900 kaki persegi.

Menurut Jalil Rasheed, harga yang rendah dapat ditawarkan buat para pembeli menerusi sokongan kerajaan dalam mengenakan premium tanah yang lebih rendah serta caj pembangunan nominal untuk menjayakan projek ini.

Tawarkan pembiayaan 100% sehingga 60 tahun buat golongan B40

Apa yang membuatkan program ini unik serta menjadi persoalan buat orang ramai adalah penawaran pembiayaan sehingga 60 tahun yang ditawarkan di mana pembiayaan boleh dibuat untuk dua generasi iaitu bapa dan anak seperti mana yang dilakukan negara Jepun.

Difahamkan penawaran pembiayaan sehingga 60 tahun ini dijalankan bagi membolehkan golongan B40 menikmati harga pembiayaan bulanan yang lebih rendah. Dalam pada itu, Jalil Rasheed memaklumkan para pembeli berpeluang memilih jumlah tahun pembiayaan yang mahu dijalankan

Untuk anda yang follow blog Maukerja jangan terima kasih dan jangan lupa teruskan mendapatkan info-info menarik. Malah untuk anda belum follow sila singgah tau dan korang yang tengah mencari kerja kosong boleh lawat di portal Maukerja. Pelbagai jenis pekerjaan yang kami update di sana. Jom join group telegram kami untuk dapat terus update ke phone anda.