[VIDEO] Rupanya Ini Punca Lan Pet Pet Pukul Rider Grab. Nasib Baik Dah Berdamai
# Trending Semasa

[VIDEO] Rupanya Ini Punca Lan Pet Pet Pukul Rider Grab. Nasib Baik Dah Berdamai

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

May 8, 2021
at 12:32 PM

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video yang berdurasi pendek memaparkan pelawak terkenal dari kumpulan Senario, Lan Pet Pet memukul seorang penghantar makanan Grab di jalanan. [VIDEO] Rupanya Ini Punca Lan Pet Pet Pukul Rider Grab. Nasib Baik Dah Berdamai

Di dalam video terbabit, kelihatan Lan Pet Pet seolah hilang sabar dengan rider Grab terbabit dan bertindak merangkul leher dan memukul rider itu. Di atas nasihat peguam beliau, Lan Pet Pet tidak menunggu lama dan terus ke balai polis bagi membuat laporan sejurus video tersebut viral. Dua atau tiga hari kemudian, polis pula meminta rider terbabit turut memberi keterangan di balai polis. 

Punca awalnya..

Melalui perkongsian Lan Pet Pet, kejadian itu bermula setelah beliau membunyikan hon keretanya kerana risau apabila melihat rider terbabit menunggang motosikal dalam keadaan merbahaya sambil memegang telefon pintar.

Dikatakan rider itu mengangkat jari yang berbaur lucah dan provokasi sebagai respond yang sebelumnya mengakibatkan pergaduhan viral itu.

Saling mahu memukul..

Apabila kedua-dua bertemu di pertengahan jalan, penghantar makanan berkenaan mahu memukul Lan Pet Pet. Pelawak itu cuba menahan sabar namun dikatakan untuk pertahankan diri, Mazlan juga turut bertindak merangkul leher dan memukul rider itu.

Video Lan Pet Pet Bergaduh Dengan Rider Grab, KLIK SINI UNTUK TONTON

Difahamkan terbaru ini, Lan Pet Pet berserta penghantar makanan itu telah berdamai dan laporan polis yang telah dibuat turut di tarik balik. 

Diolah oleh: Khai HB

NAK DAPATKAN SENARAI KERJA KOSONG TERKINI DI LOKASI KORANG?

JOIN GROUP TELEGRAM KAMI!