Sebab Video Raya, Hafiz Mahamad Di Denda RM1,500. Ini Punca Sebenarnya..
# Trending Semasa

Sebab Video Raya, Hafiz Mahamad Di Denda RM1,500. Ini Punca Sebenarnya..

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

May 15, 2021
pada 11:24 AM

Sebelum raya haritu, tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang influencer sosial media, Hafiz Mahamad melalui akaun Instagram beliau. Sebab Video Raya, Hafiz Mahamad Di Denda RM1,500. Ini Punca Sebenarnya..

Video itu berkisarkan seorang anak muda yang hendak ‘merempuh’ roadblock polis dengan menggunakan berbagai-bagai alasan. Selain mendapat kecaman kerana mesej video yang tidak sampai kepada penonton, netizen juga mempersoalkan integriti pihak polis yang turut sama terlibat dalam pembikinan video terbabit. 

Gambar: antara sedutan dalam video raya Hafiz Mahamad. Selain membuat sebab rentas negeri sebagai bahan jenaka,

beliau turut melibatkan anggota polis dan askar

Terbaru ini, Hafiz didapati bersalah dan didenda sejumlah RM1,500 kerana tidak memakai mask ketika pembikinan video Hari Raya terbabit. 

Menurut pihak polis, influencer itu gagal mengikut SOP dan beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan pada 3 May lepas. 

 

Video itu juga turut melibatkan 2 orang anggota polis berpangkat Koperal dan Lans Koperal serta seorang askar ATM yang dipercayai sedang menjalankan tugas pada ketika itu. 

Gambar: seorang netizen, Raouf Arif mempersoal adakah Hafiz sudah mendapatkan kebenaran
dari pihak PRO untuk melibatkan pegawai polis dalam video beliau.

Ketua Polis Putrajaya, Mohd Fadzli Ali menjelaskan Hafiz tidak memakai mask dalam video raya terbabit dan juga memperlekehkan sebab rentas negeri dan dijadikan sebagai lawak jenaka.

Netizen juga mengecam perbuatan terbabit dan mempersoalkan adakah Hafiz mengikuti prosedur untuk melibatkan pegawai polis dalam video rayanya.

 

Ketua polis Putrajaya juga mengakui, tiada kebenaran diberikan oleh jabatan beliau untuk video itu ditayangkan di hadapan umum. 

Sebelum ini juga, Hafiz Mahamad yang merupakan suami kepada model dan usahawan muda Syafiqah Aina pernah dikecam kerana membuat video mengenai kematian sahabat beliau. Netizen mengkritik perbuatan tersebut kerana dilihat tidak menghormati orang yang sudah meninggal dunia demi meraih sejumlah like dan populariti. 

 

Disediakan: Khai HB