Pelik Posting FB Korang Dah Tak Banyak View? Sebenarnya Ini Puncanya
# Gaya Hidup

Pelik Posting FB Korang Dah Tak Banyak View? Sebenarnya Ini Puncanya

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

May 19, 2021
pada 11:49 AM

Takcukup berniaga di platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, atau Corousell, para peniaga masa kini sudah pandai memanfaatkan sosial media mereka seperti Instagram, Telegram, Twitter, Facebook dan tak lupa juga group-group Whatsapp bagi mempromosikan produk mereka. Sebenarnya norma ini bagus, sebab para peniaga semakin berinovasi dan membuka ruang kretiviti ramai dan bidang pemasaran secara tidak langsung. Selain kegunaan platform ini percuma, para peniaga dapat meningkatkan prospek pelanggan mereka. Pelik Posting FB Korang Dah Tak Banyak View? Sebenarnya Ini Puncanya


Baru-baru ini pula kecoh di media sosial mengenai peniaga ini yang menggunakan perkataan pelik untuk memasarkan produk beliau di Facebook. Menurut posting viral di Twitter, cara ini sebenarnya lagi 'complicated'. Katanya boleh je kalau peniaga nak guna perkataan dan ejaan yang elok-elok.


Takperlulah sampai nak menukarkan perkataan promo kepada ‘pro.mo’, COD yang bermasud Cash On Delevery kepada ‘Siodi’. Memang nampak ejaan pelik dan kita tertanya, pembaca akan faham ke? Tapi selepas diselidik, sebenarnya tujuan akak ni eja macam tu untuk pastikan posting jualannya tidak di block dan juga dapat dikesan oleh Facebook. Tapi, korang rasa sejauh mana kebenarannya, atau sekadar hoax?

Menyusur komen dari warganet, posting berkaitan tidaklah di block terus, tetapi Facebook akan mengurangkan posting yang berkaitan dengan jualan di ‘feed’ bagi memastikan perkongsian yang di ‘feed’ hanyalah mengenai ‘social engagement’ sahaja. 

Jadi, kalau korang terus post mengenai jualan di Facebook, berkemungkinan engagement yang korang dapat sekarang tidak sebanyak dulu. Lagi teruk, reach pun tidak dapat.

Perkongsian dari peniagaan online yang telah lama menggunakan FB sebagai medium untuk berniaga.
"Saya antara seller kat FB, Memang kalau kita eja word betul kami punya posting macam takda engagement. Serius sendu, macam post tu orang tak nampak. Sebab guna account personal rasanya"

sempat juga yang lain berkongsi TIPS untuk elak posting dibanned, "jangan buat ayat meniaga di posting, tapi letak di ruang komen."

 

Tidak hairanlah kenapa pihak Facebook melancarkan feature 'marketplace' sejak beberapa tahun yang lepas. Feature ini membolehkan para peniaga membuat pengiklanan bagi memasarkan produk jualan mereka. Konsepnya, korang masih boleh menggunakan FB untuk promote produk, tetapi di bahagian yang berlainan. Bukan di ‘feed’ biasa lagi.  

Sebenarnya ia adalah salah satu move pihak FB untuk memastikan pengguna mereka tidak terganggu dengan sebarang posting yang berkaitan perniagaan di 'feed' mereka yang terlalu banyak.

Teori ini jadi semakin strong bila seorang lelaki berkongsi pengalaman meniaga beliau yang belajar selok belok mengenaiFB marketing. "Nanti FB akan detect Sale Post. Engagement akan kurang dan post akan di list dalam marketplace yang orang tak tengok pun.

Disediakan: Khai HB