Kenapa KWSP potong gaji aku, kan duit aku tu?! 
# Pengetahuan Pekerja

Kenapa KWSP potong gaji aku, kan duit aku tu?! 

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Aug 15, 2021
pada 7:39 AM

Kenapa KWSP potong gaji aku, kan duit aku tu?! Mesti ada yang baru kerja tu confused bila tengok payslip ada kena potong kwsp, pernah tak tanya kenapa kena potong. Duit kita kan? 

KWSP ni adalah Kumpulan Simpanan Pekerja. Sebernarnya KWSP ni tolak duit gaji kita adalah untuk duit kita masa tua nanti. Kiranya dorang simpan kan duit untuk kita bersara nanti. Takkan lah lepas umur 60 masih lagi nak bekerja, kena berfikir untuk bekerja. So time tu adalah masa untuk kita berehat. Itu lah gunanya KWSP kita, takdelah dah bersara nanti takde duit kan? Lainlah kalau awak bekerja sektor kerajaan, sektor kerajaan menggunakan skim pencen, maksudnya dah bersara duit pencen masuk tiap tiap bulan, yang kerja swasta ni, kita guna KWSP. 

So persoalannya, kenapa KWSP tolong simpankan? “Duit aku, aku simpan la!”. Yes, memang boleh. Tapi korang kena ingat, sejauh mana korang boleh menyimpan. Boleh tahan ke nafsu membeli tu? Bayangkan kalau lepas kita bersara, umur 60. Duit simpanan 0, nak hidup macam mana? Disebabkan itu ada KWSP ni untuk simpan duit untuk korang masa tua nanti!

 

Macam mana kira kira KWSP? 

KWSP terdapat dua jenis caruman, satu ialah daripaada pekerja. Duit kita sendiri. Minimum zaman sekarang adalah 9%, kalau dulu 11%. Yang kedua adalah dari majikan, caruman daripada majikan pula adalah dari gaji kasar kita. Jikalau gaji kasar bawah dari RM5000 sebulan, caruman dari majikan adalah 13%. Sekiranya gaji kasar kita lebih dari RM5000 sebulan, caruman minimum majikan adalah 12%. 

Kiraan potongan KWSP berdasarkan diatas,

RM3692 X 11% = RM406.12. Jikat kita lihat angka diatas jumlah potongan adalah RM407, kenapa bukan RM406.12? Untuk pengetahuan, KWSP tidak mahu angka sen sen. Perlu dicarum pada amaun bulat. 

Untuk majikan pula, sekiranya mengikut gaji diatas, Jumlah pemotongan adalah RM592.00. Jika mengikut perkiraan, jumlah caruman majikan tersebut ialah sebanyak 16.03%. Caruman minimun adalah sebanyak 13%, namun jika dilihat disini, majikan ni baik hati. So dia bagi 16%! Cara pengiraan caruman majikan:-

[RM592/RM3692] X 100% = 16.03%

So kalau KWSP dah simpan kan sebahagian gaji kita, macam mana dengan pulangan? Yes, mestilah ada pulangan. Contohlah kalau kita bagi dia RM1250 sebulan, takkan la nak simpan kosong macam tu je? So KWSP memberikan jaminan setiap tahun memberikan pulangan sebanyak 2.5%. 

Kalau kita buka KWSP akaun pula, kita akan perasan ada akaun 1 dan 2, apa maksud dia? Maksudnya setiap caruman akan dicampurkan dan 70% akan dimasukkan ke akaun 1, 30% dimasukkan ke akaun 2. 

 

Selain dari tu apa pentingnya KWSP?

Korang tahu tak nak buat loan, korang perlu beri KWSP statement. KWSP statement adalah lebih penting dari bank statement tau! 

So conclusion nya disini, jikan nak cari kerja. Pastikan lah ada potongan KWSP. Okay!