Ini Top 3 Kerusi Gaming Terbaik Untuk Bekerja Di Rumah


by Maukerja Team
Ini Top 3 Kerusi Gaming Terbaik Untuk Bekerja Di Rumah
Ditulis Oleh: Mohamad Naqiuddin Mazlan
Bekerja dari rumah memang dah tak jadi benda asing lagi masa sekarang ni. Tapi, sampai bila korang nak buat kerja atas katil? Lama-lama penat juga kan?
Harini, admin nak kongsikan 3 jenis kerusi gaming namun masih lagi sesuai dijadikan sebagai kerusi sambil anda membuat kerja di rumah. Orang kata, bila kita bekerja di rumah, keselesaan pun perlu jadi keutamaan, baru lah hasil kerja lebih tip top dari biasa.
Sebelum tu, korang tahu tak sekarang ni kerusi gaming versi moden direka khas secara ergonomik bagi memastikan individu yang menggunakannya selesa dan berada dalam keadaan postur badan yang betul.
Yelah, biasanya kalu main game ni bukan sekejap kan? Mahunya 3-4 jam paling kurang, mestilah kena pilih kerusi gaming yang betul. Lebih kurang macam situasi bekerja, perlu duduk dekat situ selama 8 jam. Fuhh!! Sebab tu kena cari kerusi yang betul tau.
Ini adalah senarai 3 kerusi gaming harga mampu milik tapi berkualiti:
1). TTRacing Swift X 2020 Gaming Chair
Harga: RM599.00
Model Swift X 2020 menampilkan keluasan kawasan bahu yang lebih lebar dan direka dengan bentuk ergonomik untuk memastikan keselesaan pengguna. TTRacing Swift X juga boleh disandarkan sehingga 165° darjah supaya anda boleh duduk santai sambil bermain game menggunakan joystik ataupun menonton filem. Ketinggian tempat untuk meletakkan tangan boleh di laraskan mengikut keselesaan pengguna.
2). TTRACING DUO V3 GAMING CHAIR
Harga: RM399.00
Bila sekali pandang pun dah tahu yang TTRacing Duo V3 ni memang syok bila digunakan. Nak tau kenapa?
TTRacing Duo V3 mempunyai keluasan badan dan tempat duduk yang agak lebar dan tinggi. Kerusi gaming ini juga tidak menggunakan kualiti bahan yang sembarangan. Duo V3 menggunakan bahan daripada fabrik yang berkualiti tinggi seperti Carbon Fibre PU leather dan kain elastik berkualiti tinggi diimport dari Itali.
Ohh jangan risau, tempat duduknya juga boleh di sandarkan sehingga Tempat 155 darjah ke belakang. Pasti selesa lah!
3). Cassa Figo Ergonomic Chair
RM289.00
Dengan menawarkan harga yang cukup murah iaitu dibawah RM300.00, Cassa Figo pasti menjadi rebutan dan pilihan utama di pasaran. Cassa Figo merupakan kerusi ergonomic yang direka khas dimana pengguna boleh menyelaraskan mengikut keselesaan sendiri di bahagian kepala atau leher menggunakan bantal khas yang dibekalkan.
Bukan itu sahaja, kerusi ini turut membolehkan pengguna untuk menyandarkan bahagian badan sehingga 145 darjah ke belakang.
Hah! Ini adalah 3 kerusi gaming mampu milik yang boleh anda fikirkan untuk dibeli bagi tujuan kerja.