Bagaimana untuk kekal cergas walaupun bekerja dari rumah?
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Bagaimana untuk kekal cergas walaupun bekerja dari rumah?

post by MJ

by MJ

Aug 22, 2021
pada 11:11 PM

Bagaimana untuk kekal cergas walaupun bekerja dari rumah?

Ditulis Oleh -  Anis Muhamad

Sudah dua tahun rasanya kita semua bekerja dari rumah. Ada yang sudah mula keluar bekerja ke pejabat masing-masing setelah perintah kawalan pergerakan dilonggarkan pada awal tahun ini dan ada juga yang masih mengekalkan amalan bekerja dari rumah kerana mengikut polisi syarikat masing-masing.

Walaupun apapun situasinya, bekerja dari rumah sememangnya tidak boleh di pandang enteng. Ramai yang mengalami stress melampau kerana terlalu penat bekerja dari rumah dan ini dikongsikan di dalam majalah Forbes, 69% pekerja di US mengalami burn out kerana persekitaran yang tidak produktif dan juga tahap kesihatan yang rendah apabila bekerja di ruang bukan bekerja.

Hari ini, kita akan berkongsi 4 tips untuk mengekalkan kecergasan dan juga menjaga kesihatan mental kita apabila bekerja dari rumah.

Cipta satu ruang selesa untuk bekerja.

Walaupun hanya dengan menukar kerusi kerja yang lebih selesa, pastikan kita mempunyai suasana bekerja yang nyaman dan pastinya tidak menyakitkan badan kita. 

Apabila terlampau banyak duduk, badan - lebih-lebih lagi bahagian leher hingga pinggang kita akan mengalami ketidakselesaan. Jadinya, dengan mempunyai ruang dan tempat duduk yang selesa, kita dapat mengurangkan risiko-risiko berkenaan.

Tetapkan had dan sempadan

Kebanyakan pekerja yang bekerja dari rumah akan mengeluh bekerja lebih masa dan diganggu majikan walaupun diluar waktu bekerja. Walaupun kita bekerja dari rumah, itu tidak bermaksud kita selalu ada masa dan selalu available. Kita juga memerlukan masa untuk diri sendiri dan juga keluarga. Oleh itu, kita yang seharusnya menetapkan had pada masa kerja kita.

Contohnya, berehat pada waktu rehat. Setiap pekerja, di bawah Akta Kerja mempunyai hak untuk berehat selama sejam dalam masa 8 jam bekerja. Walaupun kita bekerja dari rumah, itu bukanlah tiket untuk kita skip daripada hak tersebut. pastikan kita mendapat masa rehat itu.

Selain itu, pastikan tiada tugas yang dipaksa dilakukan semasa bukan waktu bekerja. Apabila kita tidak mempunyai rehat yang cukup, dan bekerja melebihi waktu yang sepatutnya, kita akan cepat mengalami stress dan juga burn out. Rancang masa bekerja anda, pastikan kita mempunyai jadual dan timeline pada semua tugasan yang diberikan kepada kita - dan elakkan bekerja di saat akhir!

Ambil cuti

Jika kita tahu kita sudah terlampau penat dan hampir mengalami stress melampau, pastikan kita mengambil cuti untuk mengembalikan tenaga dan stamina kita. Kita semua diberikan cuti tahunan, jadi gunakan cuti tahunan anda untuk berehat sepuasnya. Jangan buka tugasan, dan jangan stress-kan diri anda dengan kerja semasa anda bercuti.

Walaupun anda mengambil cuti semasa waktu PKP, itu tidak bermaksud majikan boleh mengacau cuti anda. Letakkan limit kita dan terangkan pada mereka kita hanya mahu berehat untuk bekerja dengan lebih baik selepas ini.

Mengambil cuti bukan bermaksud kita malas, atau kita melepas tangan. Mengambil cuti adalah satu hint bahawa kita memerlukan ruang untuk menghirup udara yang lebih segar semula, supaya otak dan juga tubuh badan kita dapat berfungsi dengan baik selepas ini. 

Amalkan self-care

Kita semua harus tahu bahawa tiada siapa yang lebih menyayangi diri kita selain diri sendiri. Jika bukan kita yang mengambil tindakan-tindakan diatas, tiada siapa yang akan membantu kita. Jika kita penat, beritahu pada majikan, kita sudah terlampau banyak tugas untuk diselesaikan. Tolak tugasan yang baru kepada orang lain, supaya kita boleh menumpukan 100% perhatian kepada tugas asal kita.

Kadang-kala, dengan sehirup air kopi, memandang langit di pagi hari dan juga riadah di waktu petang boleh mengembalikan mood ceria kita. Carilah kebahagiaan-kebahagiaan kecil yang mampu membuat kita hidup dan gembira semula.

 

Kesimpulannya, jika anda sudah mula rasa penat yang terlampau, atau sudah tiada semangat, dan tidak segembira dahulu apabila melakukan kerja yang anda suka, mungkin anda sudah menghampiri tanda-tanda burn out. Ambillah langkah-langkah kecil diatas supaya kita dapat menghindari simptom yang lebih parah di kemudian hari.

Jika anda sudah mula rasa burn out yang melampau, atau sudah hilang rasa bahagia dengan perkara yang anda sangat suka dahulu, jangan segan untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan psikologi secepat mungkin untuk membantu anda kembali kepada sedia kala. Kesihatan mental anda adalah lebih utama.