Bos dari Syurga. Beruntung kalau dapat bos jenis ini. No.5 tu paling seronok!
# Pengetahuan Pekerja

Bos dari Syurga. Beruntung kalau dapat bos jenis ini. No.5 tu paling seronok!

post by MJ

by MJ

Aug 24, 2021
pada 7:50 AM

Tajuk : Bos dari Syurga. Beruntung kalau dapat bos jenis ini. No.5 tu paling seronok!

Penulis: Nurliyana Binti Norhamizan

 

Salah satu faktor yang membuatkan seseorang pekerja bertahan lebih lama dalam sesebuah syarikat itu disebabkan memiliki bos atau majikan yang awesome! Secara tidak langsung, pekerja akan selesa untuk bekerja dengan suasana tersebut.

Fuhhh, selain pengurusan yang bagus, bos pun memainkan peranan yang penting kan, kalau bos bagus, pekerja pun berlumba-lumba nak jadi bagus. Setuju tak?

 

Ini 5 ciri-ciri bos yang dihantar dari Syurga, kalau semua bos macam ni, confirm lah pekerja akan sayang dan stay lebih lama.

1) Tegur kesalahan pekerja secara personal.

Seorang majikan yang profesional akan mengambil tindakan menegur kesalahan pekerja secara bersemuka dua hala sahaja tanpa melibatkan individu lain. Majikan juga lebih suka memilih medium whatsapp personal berbanding whatsapp group. Jadi aib dan kesalahan pekerja dapat dilindungi, pekerja pun lebih senang dan tidak berasa segan.

 

2) Tidak pilih kasih, memberi layanan sama rata.

Kebanyakan majikan sekarang kurang mengambil peduli mengenai perkara ini. Ketahuilah para majikan sekalian, para pekerja anda tidak kira jabatan bawahan atau atasan sangat seronok jika majikan sentiasa adil dan tidak ‘pilih bulu’.

 

3) Boleh mendengar pendapat/idea para pekerja.

Majikan yang awesome sentiasa mengalu-alukan pendapat dari para pekerjanya. Bagi majikan, tiada idea yang salah dan setiap pendapat perlu diraikan. Seronok kan dapat bos macam ni? Percaya atau tidak, sifat majikan sebegini membuatkan para pekerja rasa sangat dihargai.

 

4) Sentiasa menjadi ‘part of the team’

Sangat jarang nak jumpa apabila majikan tidak nampak seperti majikan. Macam mana pula tu? Makna yang lebih mudah, majikan turut menjadi ‘team’ dalam organisasinya. Tidak bossy malah menganggap setiap pekerja adalah bermakna dan mempunyai bakat tersendiri. Majikan seperti ini akan berusaha bersama-sama untuk memajukan syarikat. Bukan serah bulat-bulat dekat pekerja!

 

5) Tidak menganggu pekerja selepas habis waktu bekerja.

Boss yang awesome amat menghormati waktu rehat pekerja. Selepas waktu bekerja ialah waktu berharga untuk pekerja dan bos yang dihantar dari Syurga ini tidak akan menganggu masa tersebut. Justeru guys, kalau korang dapat boss macam ni, bersyukur okay?

 

So, ada tak ciri-ciri begini dalam diri majikan korang? Kalau ada, tahniah! korang sangat beruntung! Kalau korang ada boss yang garang tu, ehem berani tak nak tag bos korang?