Graduan ‘Master’ Tetapi Menjadi ‘Rider’


by Maukerja Team
Graduan ‘Master’ Tetapi Menjadi ‘Rider’
Penulis - Luq’s
Tidak dinafikan musim pandemik ni sukar untuk kita dapatkan pekerjaan. Kadang tu ada yang berbulan bulan menganggur barulah dapat kerja. Nak kata dari segi pelajaran, alhamdulillah ada degree dan master.
Dulu kita sangka lagi tinggi kita belajar lagi senang kita dapat kerja, lagi besar kita boleh dapat gaji. Tapi rupanya sebaliknya yang berlaku. Seperti confession di atas, rata rata syarikat takut untuk mengambil pekerja yang lebih tinggi pelajarannya atas dasar kerana mungkin mereka akan demand gaji lebih berbanding pekerja yang mempunyai diploma atau degree…
Bila dilihat semula, ini lah punca rata rata ramai graduan yang berpelajaran tinggi memilih untuk menjadi rider. Mungkin kerana lebih mudah diterima dan boleh menjadi pekerjaan sementara mendapat pekerjaan yang betul.
So persoalannya apakah nasib kepada graduan yang mempunyai kelayakan akademi yang lebih tinggi?