Buta English? Ni 4 Cara Korang Boleh Jawab Interview Macam Pro


by Maukerja Team
Buta English? Ni 4 Cara Korang Boleh Jawab Interview Macam Pro
Penulis - Aina
Dapat panggilan interview pastu gabra sebab kena cakap omputih? Korang rasa korang tak cukup terer nak tunjukkan skil bahasa korang? Jangan risau, ni ada 3 formula mudah yang boleh bantu korang jawab soalan temuduga!
Introduce yourself (Perkenalkan diri anda)
Soalan utama setiap permulaan temuduga mestilah penemuduga nak kenal diri korang dulu. Korang ni siapa, apa pekerjaan sebelum ni, dan macam macam lagi lah. Nak bagi imej yang baik, korang boleh salam penemuduga buat yang sama jantina dan berterima kasih untuk peluang temuduga
“I appreciate being considered for this role.” atau “I look forward to talking about my skills and experience.”
Bila penemuduga mula soalan untuk perkenalkan diri, korang jangan lupa bagi nama pulak sebab gelabah.
My name is [nama]. I graduated from [nama universiti] with a degree in [nama program ijazah]. / I completed a course in [nama kursus – jangka pendek/jangka panjang] which gave me skills in [bakat yang diperolehi]. / I previously worked as a [pekerjaan]. From this job, I learnt [pengalaman yang diperolehi].
Jadi formula mudahnya, korang isi je tempat kosong dengan apa yang relevan dengan korang.
I can / I will (Saya boleh / Saya akan)
Frasa “I can” ni untuk pamerkan kebolehan dan keyakinan korang untuk sumbang bakat korang kepada suatu syarikat. Manakala ayat “I will” pula menunjukkan yang korang datang dengan niat untuk belajar benda baru.
Contoh:
Why are you a good fit for this job? (Kenapa anda sesuai untuk posisi/pekerjaan ini?)
I can communicate well. In my previous job, I managed to achieve the highest customer satisfaction rating. (Saya dapat berkomunikasi dengan baik. Dalam pekerjaan sebelumnya, saya berjaya mencapai tahap kepuasan pelanggan tertinggi.)
I will be able to implement what I learned during my study. (Saya akan dapat mengaplikasikan apa yang saya pelajari waktu saya belajar.)
Cara korang jawab bergantung pada pengalaman korang. Formula mudah: I can + (kebolehan korang) + (bila korang guna kebolehan) atau I will + (niat/hasrat korang kalau dapat posisi kerja ni).
Bukan tu je, korang boleh juga guna ayat-ayat ni untuk terangkan skil dan bakat yang korang ada.
I consider my strength to be [kekuatan diri korang] and I think this is important for the role because [kaitkan kenapa kekuatan relevan dengan posisi kerja].
Cth: I consider my strength to be attentive to detail and I think this is important for the role because a writer needs to make research and understand what they write to avoid misinformation.
Where do you see yourself in five years? (Di mana anda melihat diri anda dalam masa lima tahun?)
Kalau korang kena tanya pasal perancangan untuk masa depan, cuba kaitkan rancangan yang boleh dicapai, walaupun mungkin jauh beza dengan peranan yang korang ditemuduga. Cara korang jawab soalan ni akan mencerminkan yang korang bermotivasi dan tunjuk dekat penemuduga yang korang akan bekerja keras dalam posisi tersebut.
In five years time, I’d like to be responsible for [impian kerjaya korang] and I believe this role is the first step to achieving that.
I would like to build my career at this company because [hasrat korang].
Do you have any questions? (Ada apa-apa soalan?)
Bila sesi interview hampir habis, waktu inilah peluang korang untuk kawal dan bertanya apa saja yang korang ingin tahu pasal posisi atau syarikat tu. Korang sediakanlah dalam 2-3 soalan sebab ni bukan setakat tunjukkan semangat korang, tetapi korang boleh dapat “feel” yang kerja ni sesuai ke tak sebenarnya dengan korang.
Antara soalan menarik korang boleh tanya dekat penemuduga adalah:
What do you enjoy most about working here?
Can you tell me about the long-term goals for this company?
Is there anything that I should prepare myself with if I get accepted for this role?
Are there any training programs for the employees?
Lepas interview dah selesai, korang masih ada lagi peluang untuk memberikan “good impression”! Tinggalkan ucapan terima kasih dalam e-mel pada hari yang sama atau sehari selepas sesi temuduga dan dalam e-mel tu korang boleh gariskan semula kemahiran korang dan kenapa korang sesuai untuk pekerjaan tu. Selamat maju jaya, semua!