Close Contact Boleh Claim PERKESO ! Ini Cara Claim


by Maukerja Team
Close Contact Boleh Claim PERKESO ! Ini Cara Claim
Penulis - Luq’s
Korang tahu tak bila kita kena close contact dari officemate, kita boleh claim perkeso. Yelah zaman sekarang ni, office dah start bukak. Kena bekerja dalam keadaan bahaya kene pulak close contact.
Mungkin ramai tak tahu yang korang boleh claim perkeso, so ni min share macam mana nak claim okay!
Dekat laman web PERKESO, faedah ni dibayar kepada pekerja sepanjang tempoh cuti sakit yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemalangan. Tapi, faedah HUS tidak akan dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.
Kadar faedah HUS adalah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Kadar minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33 sehari, kalau ikut website perkeso PERKESO.
Sape yang pernah kena covid disebabkan close contact di tempat kerja. sila lah hantar claim anda ke PERKESO. pegi download "Borang 34" dan isi apa yang patut.
Lampiran nanti bagi je result test PCR korang, surat kuarantin yang PKD bagi tu, salinan IC, bank statement dan satu lagi, 6 bulan slip gaji. Submit ke pejabat perkeso terdekat.
Maklumat lanjut boleh refer sini
Pengiraan caruman secara manual boleh memakan masa dan mudah berlaku kesilapan. Kalkulator ini membantu HR mengira SOCSO, EPF dan EIS dengan tepat, pantas dan tanpa kerumitan.
.