Kuda ni boleh tahu orang tu sakit teruk atau depression! Fuhh
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Kuda ni boleh tahu orang tu sakit teruk atau depression! Fuhh

post by MJ

by MJ

Sep 30, 2021
pada 7:29 AM

Kuda ni boleh tahu orang tu sakit teruk atau depression! Fuhh

Penulis - Luq's

Kuda ni nama dia Peyo. Dia mempunyai kelebihan yg istimewa iaitu mampu mengenalpasti individu yang sakit teruk atau kemurungan teruk. Peyo atau nama panggilannya Doktor Peyo akan mengunjungi hospital di Perancis dan akan mendekati pesakit kanser di hospital itu. Bukan biasa biasa!

 

Kebiasaannya, pesakit yang Peyo dekati ialah pesakit yang berada pada fasa hujung kehidupannya. Peyo akan berdiri berhampiran pesakit tu dan mengangkat salah satu kakinya sebagai tanda dia memilih pesakit tersebut. 

 

Kebiasaannya, kehadiran Peyo adalah sebagai terapi Dan memberi keceriaan kepada pesakit tersebut yang berada pada fasa terakhir kehidupanya. Malah, dalam beberapa keadaan, impak Peyo amat kuat sehinggakan kehadiranya mampu mengurangkan kesakitan pesakit tersebut tanpa pesakit itu perlu diberi sedatif atau ubat yang kuat untuk mengurangkan kesakitannya. 

 

Uniknya, kuda berusia 15 tahun yang dikendalikan oleh Hassen Bouchakour ini akan memilih sendiri pesakit yang memerlukannya. Bukan pesakit yang dipilih oleh doktor mahupun tuannya.