CARA TUKAR DEBIT CARD SECARA ONLINE


by Maukerja Team
CARA TUKAR DEBIT CARD SECARA ONLINE
Penulis - Luq's
Time time PKP ni tiba tiba pulak kad debit expired. Nak pergi bank kene buat appointment la apa la. Kan leceh tu! Baru tahu rupanya renew debit card boleh buat online je. Apadaaa susah. Aktifkan pun takyah gi kaunter. Mudah senang jimat masa.
1) Log in Maybank2u
2) Tekan 'SETTINGS'
3) Tekan 'CARDS'
4) Pilih Debit Cards & pegi dekat Replace, Activate & Block
5) Tekan 3 titik kat tepi belah kanan tu
6) Pilih 'REPLACE CARD'
7) Isi alamat korang untuk penghantaran kad.
Click dekat T&C untuk setuju & tekan 'REPLACE CARD'
8) Tekan request SMS TAC
9) Isi nombor TAC & click 'CONFIRM'
Bila kad baru dah sampai, korang kena aktifkan sendiri dekat ATM & online pun boleh. Kalau nak aktifkan dekat ATM, ikut cara ni
1) Masukkan kad
2) Pilih bahasa
3) Masukkan nombor PIN
4) Pilih 'TRANSAKSI LAIN'
5) Pilih 'PERKHIDMATAN LAIN'
6) Tekan skrin berikutnya
7) Tekan 'PENGAKTIFAN KAD'
Kalau nak aktifkan online, ikut cara ni
1) Log in Maybank2u
2) Klik 'SETTINGS'
3) Klik 'CARDS'
4) Klik 'MANAGE DEBIT CARDS'
5) Klik 'ACTIVATE'
Note:
- Kad baru akan dihantar dalam tempoh 9 hari dari tarikh permohonan
- Pertukaran kad baru akan dicaj RM12 & ia ditolak dari balance akaun semasa or simpanan korang
- Bila kad baru dah sampai, kena diaktifkan dalam tempoh 90 hari lepas diterima