Kene Reject Interview Sebab 'Tak Cantik'...


by Maukerja Team
Kene Reject Interview Sebab 'Tak Cantik'...
Selalu sangat dengar macam ni. Kalau kerja kedai retail mesti ada yang nak yang cantik. Tak nafikan ada syarikat yang okay, tapi masih ada segelintir kedai masih mengamalkan sikap macam ni semasa mencari pekerja. Korang pernah tak alami benda macam ni?
Saya nk share benda yang saya rasa dulu. Sekarang alhamdulillah saya dh kerja elok. Cuma saya rasa nk kongsikan macam mana rasanya jadi tak cantik bila interview.
Tahun 2018, saya habis grad saya tak tahu nak kerja apa. 10 kali pergi interview semua kata nanti dorang contact semula. sudahnya takde pun. hampeh. saya ni dari cari kerja office sampai lah saya benak cari kerja retail macam kedai baju. dekat sini saya rasa macam apa lah dorang punya pemilihan pekerja.
Biasanya sebagai majikan, mestilah dorang tengok kelayakan kan, ada diploma ke tak, spm lepas ke tak. ko sekolah ke tak. eh, haha. haa gitu lah. tapi kedai baju ni tak. selamba je dia cakap, "mintak maaf dik, kita kalau boleh nak cari pekerja yang hensem sikit, yang cantik sikit" sebab kalau ada pekerja yang macam ni baru la pelanggan seronok nak memberli..
so bila dah jadi macam ni, adakah interview interview sebelum ni saya gagal sebab saya tak cantik? haih macam macam saya fikir. tapi ni betul min, rasa kerdil di dunia ni dlahirkan tak cantik. haha tapi tu dlu lah min. sekarang saya dah ada kerja elok. boikot xxx kedai tu. haha
jangan pilih yang cantik je okay!
So bagi min benda ni, syarikat tu tak salah pun. Mungkin pekerja itu sendiri yang nak yang cantik cantik. Betul tak?
Sepatutnya benda macam ni tak patut ada dalam masyarakat kita.
Kalau korang ada cerita nak luah dengan min, boleh whatsapp je min dekat sini