Ulam Raja Penawar Nyayuk, Ramai Tak Tahu!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Ulam Raja Penawar Nyayuk, Ramai Tak Tahu!

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Nov 30, 2021
text.at 10:22 AM

Ulam Raja Penawar Nyayuk, Ramai Tak Tahu!

Nur Syamila Kamarul Arefin

Jika berada di kampung kita pasti akan menjamah ulam-ulaman yang dipetik oleh nenek dan atauk kita untuk di makan bersama nasi dan sambal belacan. Makan masakan kampung akan membuatkan selera kita bertambah dan bakal tambah nasi. Tak gitu?

Ulam yang cukup sinonim dengan kita pastilah ulam raja. Namun baru-baru ini seorang penyelidik berbangsa Cina daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya mencipta untuk suplemen diperbuat daripada ulam raja yang dipercayai boleh mengubati penyakit nyanyuk.

Beliau telah berjaya mencipta suplemen Ulam Raja yang kaya dengan kandungan polifenol dan antioksidan dapat mencegah penyakit nyanyuk dalam kalangan warga emas. 

Suplemen ini berpotensi bertindak sebagai agen pencegahan kecelaruan kognitif dengan menurunkan aras peroksida lipid, meningkatkan aras serum glutation dan mengaktifkan otak.

Hasil kajian beliau mendapati suplemen ini meningkatkan fungsi kognitif global, ingatan kerja, mengurangkan ketegangan dan gangguan emosi dalam kalangan warga emas. 

Kajian ini juga memberi impak positif kepada kesihatan masyarakat dan ekonomi negara yang membawa kepada perkembagan industri asas tani dan pertanian berkaitan dengan ulam raja.

Posting mengenai suplemen Ulam Raja ini telah dibuat di Facebook UKMOfficial, Dr You Yee Xing, dari Fakulti Sains Kesihatan. Beliau juga penerima Anugerah Emas Kedoktoran pada Majlis Konvokesyen UKM ke-49 Sidang Cancelor.