Jutawan Termuda KWSP Dengan Simpanan RM2 Juta
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Jutawan Termuda KWSP Dengan Simpanan RM2 Juta

post by MJ

by MJ

Mar 22, 2022
pada 7:44 AM

Semenjak pembentangan bajet 2022 ni kan. Ramai betul yang mintak pengeluaran KWSP lagi kan. Tapi bukan tu yang nak diceritakan harini. Min nak share info tentang sapa paling lejen dalam simpan duit kat KWSP. Orang tengah sibuk nak keluarkan, dia lek je tak usik.

Jutawan KWSP termuda dengan simpanan sebanyak RM2 JUTA adalah berumur dari 20 - 24 tahun. Ye, 2 JUTA…… Terdiam min kejap. 

Tak kurang hebatnya Jutawan muda dari wanita,dengan simpanan sebanyak RM1.37 JUTA, berumur 25 - 29 tahun…. Bawah 30 tahun dik dorang. Dah ada berjuta juta duit. Kita ni dah lah kentang, hujung bulan tinggal 50 ringgit je. Haha

Tu okay, ni lagi gempak, ada 344 orang pencarum yang dah berumur 75 tahun dengan simpanan purata sebanyak RM3.67 juta! maai ….. Lebih info kome boleh rujuk dibawah.

Kalau engkome nak cari koje, mai la join channel telegram dari min sendiri disini - KLIK SINI

So amacam, nak keluarkan lagi tak KWSP korang tu?