Serlahkan Diri Sewaktu Praktikal. Jadikan 2 Movie Ini Sebagai Inspirasi Korang
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

Serlahkan Diri Sewaktu Praktikal. Jadikan 2 Movie Ini Sebagai Inspirasi Korang

post by Aisya

by Aisya

Jun 12, 2016
pada 4:54 AM

Orang selalu ingat bila buat praktikal ni jadi tukang bancuh kopi untuk boss je. Kalau tak pun jadi tunggul tepi mesin photostat, photostat berpuluh-puluh file sampai ke sudah. Hey.. tak semua  pengalaman internship macam tu. Bila korang diterima untuk buat praktikal di mana-mana tempat, korang tu sepatutnya dilayan sama sahaja seperti pekerja tetap yang lain.

Tujuan utama adalah untuk belajar selok-belok pekerjaan korang kan? Jadi gunakan tempoh internship korang tu sebaik mungkin untuk belajar segala yang termampu. Untung okay, nanti bila dah masuk alam pekerjaan dah pandai selok-belok semua. Tak perlu nak diajar balik.

Yang masih mencari tempat untuk praktikal semoga berjaya dan kepada yang baru nak mulakan hari pertama sebagai seorang intern ni, jangan rasa takut. Buat macam biasa dan senyum selalu. Ini ada filem-filem mengenai pengalaman-pengalaman internship yang mungkin boleh berikan korang sedikit inspirasi. Check it out!

1. The Internship 

Mengisahkan mengenai dua orang kawan yang agak berumur diterima masuk sebagai intern di tempat yang paling cool di dunia, Google HQ. Dari situlah diorang belajar untuk cuba menyesuaikan diri apabila dikelilingi orang yang lebih muda dan hebat dalam IT. Filem ini menunjukkan segala susah-payah sepanjang intern dan disamping itu nilai persahabatan antara kawan. Cerita ni mengajar bahawa walaupun ada calon lain yang lebih berkebolehan, tapi dengan daya usaha dan sikap tak cepat mengalah korang juga boleh berjaya.

2. The Intern

Filem ni memang memberi inspirasi yang paling gempak sekali. Berdasarkan kisah seorang CEO industri business fashion yang mempunyai seorang 'senior' intern. Memang senior lah sebab umur dia dalam lingkungan 70 lebih. Mengajar nilai pentingnya untuk seimbangkan antara kerja dan kehidupan personal.

Watak intern yang dimainkan oleh Robert De Niro, sedikit-sebanyak mengubah cara boss nya yang gigih bekerja. Kalau korang kena buat benda remeh-temeh waktu hari pertama intern, jangan cepat melenting.

Tengok filem ni, daripada tak buat apa-apa langsung makin lama dia banyak diberikan tugas-tugas penting. Sabar, perlahan-perlahan korang cuba untuk dapatkan kepercayaan boss korang.

Oh ye untuk adik-adik yang tengah cari tempat praktikal, kami ada satu 'lubuk' baik untuk korang. Jadi korang tak payah nak peing-pening fikir untuk cari atau contact tempat-tempat untuk intern. Korang hanya perlu layari LAMAN INI sahaja. Ada macam-macam tempat intern. Layari www.internsheeps.com