Siapa punya idea kalau nak medical leave kena pergi klinik ambil MC?
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Siapa punya idea kalau nak medical leave kena pergi klinik ambil MC?

post by MJ

by MJ

Feb 27, 2022
pada 10:54 AM

Siapa punya idea kalau nak medical leave kena pergi klinik ambil MC?



Kadang - kadang bila dah sakit ini nak ke tempat kerja memang tak larat dah, apatah lagi nak memandu untuk ke klinik berdekatan berjumpa dengan doktor semata mata untuk dapatkan bukti pada majikan yang dia tak sihat. Padahal ubat2 sebelum ini masih ada lagi atas peti ais tu. Itu belum lagi kalau nak MC kena pergi pejabat dulu untuk ambil medical from siap kena tunggu cop company lagi.

 

Credit from @amulmushuu Tweet
Credit from @amulmushuu Tweet



Bukan itu sahaja, malah kos untuk pergi ke klinik dan mengambik ubat adalah mahal. Bukan kesemua syarikat akan berikan compensation untuk medical jadi bagaimana untuk pekerja yang tidak mampu untuk pergi ke klinik? Begitu sahaja kah cuti mereka akan terbuang tanpa gaji? Ianya menunjukkan yang majikan tidak percaya pada pekerjanya kerana memerlukan bukti sakit. Majikan yang bagus akan mengambil pekerja yang jujur, boleh dipercayai dan tak bersikap kebudak-budakan. Jika ada pekerja yang menyalahgunakan sick leave, majikan boleh lah selesaikan secara bersemuka, tetapi jangan susahkan pekerja yang lain. Lagipun, Malaysia ni dah banyak sangat dengan kes-kes penipuan MC, sampaikan ada klinik yang menghasilkan sijil perubatan palsu untuk dijual.

 

Jadi apa tujuan sebenar MC (Medical Certificate) ini diperlukan oleh majikan korang di pejabat tu?

Di Malaysia, Akta Pekerjaan 1955 menyatakan bahawa pekerja layak mendapat bilangan minimum cuti sakit mengikut tempoh perkhidmatan mereka dengan syarikat:-

1. Kurang daripada 2 tahun perkhidmatan: 14 hari

2. Lebih daripada 2 tahun, kurang daripada 5 tahun: 18 hari

3. Lebih daripada 5 tahun: 22 hari

Walau bagaimanapun, kita sebagai pekerja pula mempunyai kewajiban terhadap syarikat. Dalam Seksyen 60F(2) Akta Pekerjaan, ia menggariskan syarat untuk cuti sakit yang sewajarnya:

1. keperluan pensijilan perubatan (MC) oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan atau pakar bedah pergigian, atau

2. memaklumkan majikan anda tentang cuti sakit tersebut dalam tempoh 48 jam dengan MC.

Kalau kita tak patuh syarat ini, kita sebagai pekerja akan dianggap tidak hadir bekerja tanpa kebenaran. Biasalah tu keletihan kalau terlebih kerja, nama pun manusia kan. Tapi apa-apa pun, pekerja mesti bertanggungjawab ke atas kesihatan mental mereka sendiri dan merancang jadual rehat dengan betul. Lagipun, itulah gunanya annual leaves.

 

Ingatlah bahawa kesihatan anda harus diutamakan!