Pensyarah perlekeh pelajar susah yang tiada laptop sehingga dikecam wargamaya
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Pensyarah perlekeh pelajar susah yang tiada laptop sehingga dikecam wargamaya

post by MJ

by MJ

Mar 29, 2022
pada 4:02 PM

Pensyarah perlekeh pelajar susah yang tiada laptop sehingga dikecam wargamaya

Ditulis oleh - Nur Syamila

Kecoh semalam di Twitter video seorang pensyarah yang dilihat sedang mengajar melalui aplikasi Google Meet sambil memperlekeh seorang pelajar dari golongan B40. Dilihat dari video tersebut, pelajar ini ditanya oleh pensyarah semasa kelas atas talian mengapa beliau tidak mempunyai komputer riba dan mempersoalkan kemampuan pelajar itu yang sekadar menggunakan telefon pintar berbanding komputer riba.

Ternyata video ini telah membuatkan pelajar ini terguris hati dengan persoalan-soalan yang dilontarkan mengenai ibu dan ayahnya di hadapan pelajar-pelajar lain.

Lebih tersentuh apabila pensyarah ini menyuruh pelajar ini agar meminta kakaknya menggadai gelang emas yang dimiliki agar beliau boleh untuk membeli komputer riba. Oleh sebab itu, video ini telah tular di semua media sosial kerana membuat pelajar tersebut berasa malu dan menjatuhkan air mukanya.  Rata-rata warga maya merasakan tindakan pensyarah ini sungguh memalukan dan tidak patut kerana beliau adalah seorang pendidik.

Sementara itu, tindakan memperlekeh pelajar tersebut turut mendapat perhatian Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang tidak bersetuju dengan contoh yang ditunjukkan pensyarah berkenaan serta mahu pihak UiTM pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya.

Selain itu, terdapat juga pihak yang mahu memberi sumbangan komputer riba kepada pelajar berkenaan yang sedaya upaya hadir dalam kelas pembelajaran menerusi Google Meet meskipun sekadar menggunakan telefon pintar.

Semoga isu seperti ini tidak terjadi lagi kerana semua manusia perlu dihormati walaupun berbeza pangkat atau jawatan.