Punca Kena Kutuk Bila Hari Pertama Masuk Kerja


by Maukerja Team
Punca Kena Kutuk Bila Hari Pertama Masuk Kerja
Ditulis oleh Ikmal
Hari yang paling ditakuti oleh ramai orang yang baru nak mula bekerja adalah pada hari pertama masuk pejabat. Perasaan takut dan mendebarkan seakan menjadi teman setia yang semestinya membuatkan seseorang semakin ketakutan.
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa perkara yang perlu dielakkan agar hari pertama bekerja anda dapat berjalan dengan lancar. Hari pertama bekerja sangat penting sebagai first impression orang lain terhadap kita. Kalau hari pertama dah buat masalah, maka buruklah tanggapan orang lain terhadap kita.
Ikuti perkongsian daripada seorang pengguna Tiktok tentang lima perkara yang perlu dielakkan semasa hari pertama bekerja:
Terlambat hadir ke pejabat
Anda haruslah membuat perancangan masa untuk hadir ke pejabat pada hari pertama. Anda perlu membuat jangkaan masa yang diperlukan untuk datang ke pejabat. Sebaiknya, anda perlu datang lebih awal daripada jangkaan masa tersebut. Selain itu, anda juga boleh datang ke pejabat untuk membuat survey.
Menolak bantuan yang diberikan
Pada hari pertama bekerja, mungkin ada beberapa pekerja lama yang akan menawarkan bantuan. Oleh itu, anda haruslah terima bantuan tersebut, sekaligus menghargai orang yang baru anda kenal. Jangan pula anda dicop sebagai seorang yang sombong sebab tolak bantuan mereka.
Sekiranya diajak makan bersama-sama
Jika ada pekerja lain yang mengajak anda makan bersama, maka anda juga perlu terima ajakan tersebut. Hal itu mungkin menjadi langkah pertama untuk anda kenal mereka dengan lebih rapat lagi.
Terperangkap dengan gosip
Mungkin akan ada ramai pekerja yang suka bergosip tentang hal orang lain. Anda boleh saja dengar apa yang mereka gosip, namun anda jangan terpengaruh untuk masuk bergosip sekali. Dengarkan sahaja, tak perlu berbicara atau beri pandangan tentang gosip tersebut.
Bercakap buruk tentang bos di syarikat lama
Sekiranya anda bercakap buruk tentang bos di tempat kerja lama, maka rakan pejabat lain mungkin fikir bahawa anda suka memburukkan orang lain. Kesannya, mereka mungkin akan menjauhkan diri mereka daripada anda kerana takut anda akan cakap buruk tentang mereka juga.
Itulah lima perkara yang tidak boleh dilakukan oleh anda pada hari pertama bekerja. Meskipun nampak remeh, namun kesannya boleh dirasakan sehingga anda habis kerja tau. Takut-takut anda berseorangan je di pejabat tu.
Sumber: Tiktok