PENGAMBILAN GURU BAHARU, GRADUAN PENDIDIKAN BOLEH TERUS MOHON
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

PENGAMBILAN GURU BAHARU, GRADUAN PENDIDIKAN BOLEH TERUS MOHON

post by MJ

by MJ

Mar 31, 2022
pada 8:16 AM

PENGAMBILAN GURU BAHARU, GRADUAN PENDIDIKAN BOLEH TERUS MOHON

Ditulis oleh - Ikmal

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa pihaknya menggunakan pendekatan baharu dalam melakukan pengambilan guru, baru-baru ini. Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi, pendekatan yang dimaksudkan adalah berdasarkan kluster mata pelajaran. Kaedah itu membolehkan graduan boleh terus memohon jawatan guru tanpa perlu menunggu kekosongan mengikut pengkhususan mereka.

Tambahnya, pihak KPM melihat langkah tersebut sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan masalah kekurangan guru. Selain itu, ia juga dapat membuka peluang kepada ramai lagi graduan untuk memohon. Melalui pendekatan ini, graduan pendidikan tidak jadi macam sebelum ini. Kalau dulu, pendekatan hanya berfokuskan kepada pilihan sahaja, kemudian kluster. Tiada kluster satu per satu.

"Sekarang ini dengan ada kluster, graduan pendidikan mempunyai peluang yang lebih luas. Sebab itu, dalam konteks pengambilan secara sekali ini ada graduan yang mempunyai ikhtisas pendidikan yang telah keluar daripada Universiti beberapa tahun yang lepas baru mendapat peluang," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid di Parlimen.

Selain itu, Radzi juga berkata sehingga kini seramai 13,255 guru baharu telah berjaya ditempatkan di seluruh negara menerusi program pengambilan khas guru secara sekali. Katanya, masih terdapat 4,932 kekosongan jawatan dibawah pengambilan khas tersebut perlu diisi oleh calon-calon yang layak.

Untuk ketahui sebarang makluman berkaitan pendidikan, sila layari portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan di laman DISINI