Guru pemulihan tak dapat hadiah, sebak lihat ibu bawa makanan lebihan bukan hadiah pada hari guru
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Trending Semasa

Guru pemulihan tak dapat hadiah, sebak lihat ibu bawa makanan lebihan bukan hadiah pada hari guru

post by MJ

by MJ

May 22, 2022
pada 1:39 PM

Guru pemulihan tak dapat hadiah, sebak lihat ibu bawa makanan lebihan bukan hadiah pada hari guru

Selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru di Malaysia. Jangan sedih-sedih jika ada yang tidak menghargai anda dalam prospek kerja sebagai seorang pendidik yang akan selalu diingati sepanjang zaman. Seorang anak berkongsi kan kisah ibunya merupakan seorang guru pendidikan khas di sebuah sekolah di dalam sebuah video Tiktok. Dilihat dari video tersebut, beliau dilihat sedang mengambil ibunya di sekolah dan berborak-borak. Selepas itu beliau mendengar luahan ibu yang merupakan guru pendidikan khas di sekolah tersebut. Guys, jom join KARNIVAL KERJAYA MAUKERJA 2022 Bermula 23/5 - 28/5 ini. Pelbagai jawatan kosong disediakan tahu tak. Terhad kepada 5,000 jobseeker sahaja! Jom join sini - https://bit.ly/JoinKarnivalKerjayaMaukerja

Apa yang menyentuh hati, guru ini hanya membawa pulang makanan lebih-lebih dari sekolah. "Mak cakap kalau tak dapat hadiah dari murid tak apalah, janji dapat bawa makanan lebih-lebih dari sekolah.”Lebih sebak lagi, si anak ini menjelaskan bahawa cikgu-cikgu lain banyak dapat hadiah daripada murid dan ibunya hanya melihat sahaja.

Tambahnya, ibunya memang jarang dapat hadiah daripada murid, apabila ditanya ibunya hanya menjawab. Hurm tak dapat langsung pun hadiah sebab mak cikgu pemulihan kot, orang tak ingat.” Oleh sebab itu, warga maya berasa sangat sebak melihat video yang dikongsikan oleh pemuda ini dan mereka semua memberi kata-kata semangat. Namun, pemuda yang berkongsi video ini menyatakan ibunya tak mengharapkan hadiah dari anak murid dan tak sedih. Anak sahaja yang sebak melihat ibunya kesian. Terima kasih atas pengorbanan cikgu netizen ungkapkan kepada guru ini atas usahanya.

Jangan pernah bersedih, hadiah paling istimewa buat seorang guru adalah anak muridnya berjaya dengan ilmu yang mereka kongsikan secara percuma. Guys, jom join KARNIVAL KERJAYA MAUKERJA 2022 Bermula 23/5 - 28/5 ini. Pelbagai jawatan kosong disediakan tahu tak. Terhad kepada 5,000 jobseeker sahaja! Jom join sini - https://bit.ly/JoinKarnivalKerjayaMaukerja